Friday, February 25, 2011

Dalglish! Please Give Them Chance To Prove


D. Wilson 19thn



M. Kelly 20thn

Kalau tengok balik pemain2 dalam pasukan Liverpool ni, nama2 pemain muda dah banyak kali kelihatan.. Kalau keeper, Gulacsi yang jarang ada,dah pun ada kat bangku simpanan..Defender, xpayah cakap la sebab Kelly dah macam dalam first eleven..Wilson pun dah tunggu masa jer nak rebut tempat dalam pasukan...tengah pulak ada Spearing, Pacheco..Stiker lark ada Ngog..tu nama2 yang familiar dalam reserve team..Ada jugak yang di loan kan.. macam Eccleston (striker) dan Ayala (def).. Prospek memang bagus la..cuma sangat susah nak compete dgn star player + international status lagi kat 1st eleven tu...

Kali ni aku nak reveal pemain muda,tapi bukan dari reserves team,tapi u-18 team.. Liverpool sebenarnyer memiliki pemain yang bertaraf wonderkid setanding Fabregas dan Walcott masa mula2 debut dah..

Ni aku nak share wonderkid pilihan aku dalam pasukan Liverpool


1. Fernandez Suso
17 tahun
(Spain)

ni link utk korang2 tengok bakat yang Suso ader
>> http://www.youtube.com/watch?v=oL3HfYN1jD4

copy paste jer link tu.


2. Raheem Sterling
16 tahun
(English)

link>> http://www.youtube.com/watch?v=ER6S2tCkY0M

amacam? dah tengok? haha..bagi aku Suso tu dah macam gabungan Alonso+Fabregas..Long ball +vision superb, through ball pun terbaek! strength pun xder la lemah sangat..Bagi aku kalau Dalglish dapat hidu dan gunakan kelebihan yang Suso tu ader, perghhh..memang terbaik la..rasanya dah boleh kot bagi debut kat mamat ni..tengok apa yang dia boleh buat kat team Liverpool..Tolong la brani macam Wenger..huhu

Kalau Sterling tu plak macam Walcot la..Laju giler..tapi xper la kalau nak hold dulu talent ni.. sebab laju jer tak boleh gak kalau kat EPL ni..tapi kalau pandai guna,memang leh jadi senjata rahsia la..macam Walcot..hoho~

Youth ni bukan aper..lain sikit perangainyer..darah muda katerkan..athletic + high determination + superb work rate..cumer kadang2 ader sikit nervous di situ..dapat tengok la beza dengan pemain yg kerap main..

Per2 pun aku harap Dalglish kaji balik 2 orang ni..Muda lagi tuuu..paling lama pun bagi laa setahun lagi..Amacam Dalglish? haha


p/s: sangat teringin nak tengok gandingan Gerrard (DM), Suso (CM), Kuyt (RW),Meireles@Cole (LW),Suarez (AM), Carroll (ST) hoho

You'll Never Walk Alone!







Mood Liverpool aku kembali normal setelah melihat persembahan para pemain Liverpool di bawah kendalian lagenda Liverpool sendiri, Kenny Dalglish. Banyak sebenarnyer masalah yang menimpa kelab Liverpool musim ini.


1. Gillet&Hicks si owner yang ntah aper2

2. Pemergian Benitez

3. Kredibiliti Hodgson yang dipersoalkan

4. Penghijrahan Torres


Namun pembelian 2 pemain baru iaitu Andy Carroll dan Luis Suarez melegakan kebanyakan penyokong. Tak payah la nak elaborate 4 point kat atas tu kan.. aku yakin korang2 sumer yang kaki bola faham situasi yang berlaku.

Ke empat-empat masalah tu semuanya berkaitan dan memberi kesan kat performance Liverpool musim ini. Ohh malangnyer.. Baru jer nak bergembira musim ni logo Carlsberg dah tukar..Masalah lain pula yang datang..adehhh~

Aku harap Liverpool dapat Top 4 balik season ni. Tu pun dah cukup la menggembirakan aku. Haha

Bagi aku, Dalglish ni ada kelainan sket. Even Benitez pun ada bagitau sebelum dia blah yang Dalglish ni layak gantikan tempat dia biler dia blah. Boleh pulak Hodgson masuk first2 dulu..
Dalglish ni suka try formasi baru, guna kekuatan dalam pasukan se optimum mungkin, hebat dalam menangani mental pemain, dan yang aku paling suker, yakin kat produk pemain muda..sesuatu yang benitez takder..

Kena ingat jugak yang kali terakhir Liverpool juara EPL 21 tahun lepas tu , managernyer adalah Dalglish. So kepada para penyokong Liverpool, teruskan la menyokong..haha..aku dah tak hirau dah fans team lain kritik..Dah kebal telinga aku nih..just fokus kat Liverpool performance jer.. Come on Liverpool! Y.N.W.A ^ ^















King Kenny









Gillet&Hicks










Rafa Benitez










Torres berbaju biru..huhu

Kalaula boleh kan ...


Minggu ni memang sangat sibuk bekerja.. aku kini hidup dalan keadaan "tiada kehidupan" ataupun "xder life" laa kalau campur2 perkataan..pagi kul lapan dah ke ofis..balik sampai rumah average dalam pukul 8..tu tak kira kalau melilau ke ofis lain tu...ikut teori, balik sepatutnyer kul 5.30 ptg.. tapi slalu jer lewat sampai kul 6 ptg.. Lagi2 kalau bos ader kat ofis..adehh..pastu tido jap kalau mengantuk sangat..kadang2 kul 10 mlm ingat nak tido jap, kul 12 bangun balik..skali terbangun pukul 6 pagi esoknyer daaa..dah nak bersiap pergi keje balik.. kehidupan apakah itu? haha =_=""

Keje plak kene call orang, tunggu feedback..adehh..memang malas giler la..aku dah la jenis yang xboleh menunggu..xsenang duduk aku menunggu feedback dari orang..aaaaaaaa..tengah sibuk2 menunggu tu kadang2 terfikir...kalau aku berlari 10 pusing keliling bangunan,kalau laaa boleh convert larian tu kepada kelajuan tangan dan tindakan diorang untuk bagi feedback kat aku.... aku sanggup! haha

Pernah jugak aku tanya soalan ni kat orang admin office aku. Atas sebab mental yang kurang stabil ketika itu...hahaha.. dia gelakkan aku jer.. Dia kater aku mengalami gangguan halusinasi..adehh..ader ker plak camtu..huhu~

Biar laaa aper nak berlaku..aku sekarang perlukan fokus dan jangan mengeluh..belajar sementara masih muda ni..tu la motivasi aku bagi melalui hari2 kerja yang pantas, bertekanan, dan xbest..huhu~ sabar2...

Sunday, February 13, 2011

Menghabiskan hari minggu di Aquaria KLCC

Beberapa minggu lepas aku telah terjebak dengan situasi 'Lawatan Sambil Belajar' bersama rakan-rakan universiti di Aquaria KLCC. Haha..Yer la kann..Lawatan sambil blaja kan maser kiter kecik2 dulu..tapi ni version bapak budak..hahahaAku pun tak tahu camner aku leh terlibat sama dengan mereka2 itu. Haha.Ceritanya camni...

Pagi Sabtu dalam pukul 9 pagi. Memang waktu aku bergelumang di atas katil. Hajat di hati untuk berehat di rumah sajer kalau waktu cuti hujung minggu. Tapi aku telah menerima panggilan daripada Mus, salah seorang 'peserta program' tersebut untuk lepak di KLCC. Nak sambut kawan jauh katanyer. Aku pun ON jer la sebab kawan aku Husni datang dari jauh tuu, nak melawat KL. Dari Kedah. Tak tau la ada urusan kerja ker, berjumpa yg tersayang ker, atau sajer2 melepas rindu dengan kawan-kawan. Hehehek..Aku segera melupakan persoalan tersebut kerana yang aku tahu, hari Sabtu aku ini bakal diisi dengan aktiviti bersama rakan2.

"Plan nak pergi mana jer Mus?", aku menanya Mus setelah berada di dalam keretanya.

"Aku pun tak tau. Husni ajak jalan2 kat KLCC. Kiter follow jer", balas Mus.

Kereta bergerak dan destinasi kami berdua adalah ke stesyen LRT yang terdekat. Naik LRT lagi senang dan cepat waktu2 cuti ni. Aku terlupa untuk membawa kamera kerana selalunya kalau dengan Mus, memang ader sajer aktiviti penggambaran akan berlaku. So xdapat la aku nak amik2 gambar. Tumpang Mus punya kamera jer laaa..huhu...

Sampai kat sana, kami terus mencari Husni. Husni plak sebenarnyer dah sampai awal. Jang, dan
Memeh yang juga merupakan warga kota lebih awal menyambut Husni. Macam datuk plak nihh..haha

Lepas tu kitorang makan2 sementara menunggu seorang lagi peserta iaitu Jimiey. Biler dan cukup bilangan peserta, perut pun dah diisi, aper lagi lepas solat Zohor kami pun beramai2 laa ke tempat yang ingin dituju, AQUARIA. Nama cambest..haha aku pun xtau tentang kewujudan benda alah tu sebenarnyer. Haha.. Petrosains tu pun xpernah jejak lagi rasernyer.. Haha..wat malu jer..

Lepas bayar tiket masuk, bermulalah pengembaraan geng bas sekolah..wawawa...melaksanakan impian yang dulunya yang tidak kesampaian ke tempat2 camni..hahaha...So gambar2 di bawah adalah ringkasan aktiviti dan kerja2 gila yang kami buat di sana. Kerja aper? Bergambar la aper lagi! huahuahua ^ ^ "

Sebenarnya Aquaria ni sesuai untuk semua lapisan golongan. Yang muda ker, tua ker, berkeluarga ker, aper2 sajer la. Menghayati hidupan marin,serangga, dan macam2 binatang air yang jarang kiter lihat. Enjoy the pix!












Program kami berakhir setelah majlis makan2 yang disponsor Husni sendiri..wawawa..TQ Husni! ^ ^













Monday, February 7, 2011

Mari Bekerja!!


Huhuuu..akhirnyer..dapat gak aku ushar2 blog ni..susah betul nak dapat maser terluang time dah busy semula...jom2 update


Setelah beraper hari dapat bercuti sempena CNY kali ni, akhirnyer kembali la semula kiter ke suasana kerja yang pantas, bertekanan tinggi, dan mencabar..adehhh..memang xsempat nak bersantai2 macam waktu2 cuti..

Cuti lepas aku balik kampung sebab cuti panjang + ayah aku ajak jenjalan ke Melaka. So balik laa..Dah lamer xjenguk rumah kat kampung tu..dapat guling2 kat katil sket, makan2 sket, ok la tu..nanti dah xdapat raser dah suasana camtu biler balik ke rumah bujang..

Aper2 pun, aku akan melupakan buat sementara kampung halamanku. Bekerja, berhempas pulas, dan lain2 perkara yang xbest..hehe..jumper lagi kampung halamanku! xtau biler ader masa nak balik lagi...