Thursday, January 6, 2011

Mengimbau Kenangan Semasa Hujan

Ada banyak kenangan yang aku ingat ketika waktu hujan dan selepas hujan. Aku segera kembali ke zaman ketika aku masih kanak-kanak. Waktu tu aku baru balik sekolah agama (petang). Hujan renyai-renyai dan lopak2 air masih lagi banyak. So memang waktu2 yang aku tunggu tu. Mak dengan ayah keje. So aku kena la berbasikal ke sekolah. Kena pulak hari Jumaat, esok cuti. Memang tak payah tunggu hujan berhenti, ajak kawan2,balik berhujan..So dapat mandi hujan free..ekekeke..kalau mak tanya, cakap jer hujan masa on da way balik..haha..alasan baik jer sumer tu.. kalau nampak lopak air tu, aku pergi la dekat dengan lopak air tu, then hulur kaki kat lopak tu. So berkocak la air. Kena pula kawan2 ada dekat situ..hahaha..rasakan la air lopak air + lumpur..Berlawan la kami masa tu. Sibuk cari lopak air..kenakan satu sama lain..hahaha..Memang giler tengah2 jalan wat camtu..adehhh

Waktu hujan gak best kalau main lumba sampan dalam longkang.. Biasa la...budak taman..longkang kat kawasan taman perumahan tu memang banyakla.. Waktu hujan ni air longkang tengah deras.. So apa lagi masing2 mengeluarkan sampan masing2.. Dengan teori2 tersendiri nak jadikan sampan tu laju, bermula la perlumbaan tu..ada yang guna batang ais krim, rumput,plastik cawan, dan macam2 lagi la..semua nak menang..yang xboleh blah, siap ader yg menipu lagi..hahaha..main tahan2 sampan orang lain..aduyaiiii...tak aci la gitu wehh!

Kenangan tunggu hujan berhenti pun ada gak..Balik sekolah lepas aktiviti persatuan (hari Sabtu). Mak aku tak boleh ambil sebab selalu ada mesyuarat kat pejabat dia. So aku kena balik naik bas. ok jer..sebab dengan kawan2..Seronok pun ada sebab baru belajar berdikari..Kalau kena waktu hujan memang saket la..kena tunggu hujan berhenti,kalau tak sempat sampai ke bas stand, CC (cyber cafe) menjadi tempat aku berteduh..Alasan berteduhh..huhh..padahal kemaruk main game counter-strike dengan red alert..hahaha..tunggu laaa sampai hujan berhenti..

owhh..bila dah masuk sekolah menengah, best nyer lepas hujan ni ialah bila main bola. Main bola lepas hujan ni lain sikit style nyer..lari pun xboleh pijak padang kuat sangat,senang terjatuh..lagi satu kalau bola jatuh kat lopak air,bola tu tak melantun. dan kalau nak sepak bola kat kawasan berlopak, kena sungkit sikit sebab kalau tak,bola tu memang x pergi mana la..haha..lagi satu, bab sliding..kalau lepas hujan ni, memang best! sliding boleh pergi jauh! kekekeke..tak dapat bola, kaki kawan pun jadi! haha lepas tu dua-dua telan air lopak+ rumput..haha

Kalau diingat-ingat balik, best sebenarnyer hujan ni..kalau takder aktiviti2 menarik, waktu2 camni pun sedap jer kalau bergulung dalam selimut,lepas tu tidur tak ingat..wawawa..yang ni korang2 sumer mesti pernah buat gak kann? ^ ^

3 comments:

  1. best..best..
    aku smpai skrg men hujan...
    hahaha.
    tp ko jgn bgtau org lain tau..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahak..weh2 sumer!! joyah kann,dier kannn..suker kannn... siler rujuk post diatas.. wawawa

    ReplyDelete