Sunday, January 9, 2011

[luahan] Hari cuti yang tak berapa nak cuti

Tahun baru telah pun bermula beberapa hari yang lalu. Kini aku telahpun mula menyibukkan diri dengan kerja yang bakal menunggu aku.

Setelah agak lama aku tidak mengikuti kerja2 network set up untuk projek syarikat member aku, kini peluang tersebut muncul. Dan boleh dikatakan inilah event pertama aku tahun ini.

Biasa la kalau buat kerja2 IT networking ni, memang mencabar mental. Kiter la yang kena datang paling awal, dan kita la yang kena balik paling lewat. Ye la kan..datang awal nak pastikan internet dan LAN connection berfungsi sebelum mereka guna. Pastikan server, printer,PC, internet semua dalam keadaan baik. Lepas tu kena balik lewat pula. Sebab nak pastikan benda2 tu semua ok sebelum tinggalkan tempat tu in case kalau datang lewat or staff2 event nak guna awal pagi. Tu tak kira problem yang datang tiba2. Nak kena trouble shoot lagi..confirm la akan ader masalah.. Kerja2 ni memang susah nak jangka. So kena prepare jer laaaa..adeh2~

So semalam aku dah mula kena tolong member aku tu. Stand by la kot..tolong2 kalau kawan aku tu nakkan support..haha..aku tak tolong mana pun...sebab aku pun masih dalam pembelajaran dalam bab2 IT networking ni..Server pun member aku yang set up. Aku just tolong2 wat connection untuk PC dengan printer..

Benda tak susah mana pun (abaikan set up server sebab aku xbuat! haha)..tapi bila ader problem, haaa..memang menggelabah la..ntah pelik2 jer problem yang datang.. so kena solve on da spot la..plus lagi pressure dari user..diorang pun nak cepat + kena jaga kualiti dengan organizer lagi..adeh2..masalah senang leh jadi susah kadang2..hahaha ^ ^ "


Kerja2 ni memang sangat teknikal. So nak tak nak, memang kena deal gak ahh..belajar perkara baru bak kater orang2 tua..hehe..so Sabtu dan ahad ni aku habiskan masa kat Royal Chulan Hotel ni jer laaa nampaknyer..datang pukul 9 am, balik pukul 2 am.. adehhh..saket mental ahhh camni..tapi fikir2 balik, azam aku tahun ni memang nak jadi seorang yang workaholic pun..so aku jadikan ni sebagai cabaran pertama.. xleh nak mengeluh2 nihh..come on ahhh!! ^ ^

p/s: sorry tak dapat upload apa2 pix untuk event ni..sebab memang xder niat nak berfoya2 pun..tunggu next event la untuk Le Tour de Langkawi ,ok? hehehek

No comments:

Post a Comment