Sunday, January 9, 2011

[santai] Nokia C3 = RM100 !!


Jam menunjukkan 5.15 p.m .. so aper jer lagi yang difikirkan waktu2 camni kalau x selain fikir nak balik jer..yer x? dah la perjalanan balik selalu makan masa 1 jam..tu tak kira kena lalu 2 kawasan jem lagi..so sebelum 5.30 p.m saya dah cabut. Balik jer kena isi minyak dulu bagi penuh. So lepas tu tak payah berhenti2 dah.

Saya pun isi laa minyak kat Shell.

"Bang! pam no. 9, V-Power",saya beritau kat brader kaunter sambil meletak RM3. Minyak dalam tangki dah ada sikit, so RM3 cukup la nak bagi tangki penuh. Tengah sibuk mengisi minyak, terpandang kat sorang brader. Baju putih berseluar jeans, rendah sedikit dari sayer,kulit sawo matang, rambut belah tepi. Beliau menunjukkan sesuatu kat tangannya sambil datang mendekati saya.

"Bang, nak ni? RM550", ayat pertama beliau.

Saya kurang jelas body language yang disampaikan. Rupa2nya di tangan beliau ada sebuah handphone nokia C3 casing hitam.

Saya faham dan secara spontan menjawab, "RM550? maner aku nak cari bro. Lagipun aku tak terfikir nak beli hphone skarang ni. Tak per la", sayer membalas.

"Braper abang nak bayar? bagitau sama saya", brader tu bagi cadangan.

Rasanya brader tu orang borneo kot..dengar slang dier. Sayer mula pelik la. Tengok handphone, baru lagi tu. Tak der calar lagi kot. So saya dengan selamba memberitahu,

"Alamak bro. Ko salah timing la. Maner aku tau ko nak jual barang murah hari ni.RM100 boleh?", aku sajer2 letak harga.

"Boleh laa",brader tu membuat keputusan pantas.

Dalam hati aku berkater.Sah!! ni mesti barang panas..ntah maner dier rembat.

"Err..haha..xper la brader..aku tak beli barang panas ni..Ko try tanya kat orang lain plak saner tu", aku memberi cadangan.

Lepas tu brader tu pun blah. Aku pun blah gak la. Karang lambat2 hujan plak turun. Mandi tengah jalan lagi la aku nanti jawabnyer.Haha~

Dalam perjalanan tu ader gak aku terfikir,kalau la aku beli jer handphone tu. Memang murah giler la.Pastu jual jer la balik kat kedai handphone..RM150 ker, RM200 ker..laku jer tu..yang penting untung!! Walaupun agak menyesal, namun aku gembira dan terselamat kerana iman aku agak tinggi ketika itu. haha..barang panas..bahyer btul..silap2 aku pun dapat saham mencuri tu nanti tak pasal2..tak nak wooooo~

Saper nak beli?! pergi cari brader tu cepat! Barang panas! Harga pun panas! haha~

9 comments:

  1. bagusssssssssssssss....
    i like ur style...hahaha

    ReplyDelete
  2. uikkkk??? ahahha...yang colour putih cun gak la...baru 4xx lebih je pon...ahahha...beli je la lau nak...

    ReplyDelete
  3. err..xnak beli pun..xminat sgt.. nak yg simple2 jer..maybe tahun ni ambil LG lollipop kot? yg flip tu.. >_<

    ReplyDelete
  4. LG lolipop cam sessuaiii untuk girl2 jek x sesssuai lor.....adakah???hahahha

    ReplyDelete
  5. boleh jer kot..xder masalah untuk gender..universal user tu..huhu

    ReplyDelete
  6. jangan amik LG LOLLIPOP!!!!!!!!!!!!!
    coz aku nk memiliki fon tuh thn ni.....
    xssuai r ko pki fon tuh....
    btl kater cikchocolate tuh, gugurlz jer ssuai pki tau...

    ReplyDelete
  7. tett..cadangan anda tidak diterima..sy telah jatuh hati pada beliau..amik warne lain la..haha..warna biru aku dah chopp..lalala

    ReplyDelete