Sunday, January 23, 2011

Menjadi orang Kampung

Di tengah-tengah kesibukan dan kekalutan hidup di bandar, aku terfikir sejenak... Bagaimana agaknya kalau aku dapat hidup sebagai orang kampung. Mungkin seronokkan?

Aku pernah gak la raser dapat menghayati beberapa style orang kampung disebabkan atuk belah mak dan ayahku memang 'pure' kampung la.


Ntah kenapa aku rasa best plak kalau dapat hidup di kampung. Hidup lebih mudah, tenteram dan relaks. Aku menerawang.....Pagi2 dah keluar ke kebun, buat kerje2 kampung. Bekerja sendiri jer. Balik kerja isteri dah tunggu depan tangga rumah. Isteri tak bekerje (suri rumah). Lepas tu anak ada la 2,3 orang, pun menjalankan kehidupan kampung. Kalau petang-petang tu main parit, tangkap ikan rainbow, kalau bosan, main laa teng-teng,batu seremban, ceper, baling selipar, baling tin, tak pun tangkap labah-labah 'king' nak buat lawan dengan 'king' kawan2 yang lain.Hehe

Petang2 bila balik, isteri dah siapkan minum petang. Air teh atau kopi pekat yang ader habuk2 terapung kat permukaan cawan. Makanan pula mestila pisang goreng ker,pisang rebus ker, keledek, ubi kayu,tempe dan sumer yang style kampung2 laa..lepas tu cicah dengan sambal kicap..perghh..kecurr..

Bila maghrib menjelang, siap2 ke surau berdekatan. naik motor pakai kain pelikat. Lepas tu suruh anak pergi mengaji kat rumah ustaz yang berdekatan gak. Pegi naik basikal. Kalau jalan kali,bawak rehal dengan Al-Quran peluk kat dada.

Lepas tu, tengok warta berita tv1 @ 2 @ 3.. Tak payah pasang astro..lepas makan layan family. Kalau xder per2 sangat, tido awal. Style orang kampung ni best. Selalunyer pukul 10 rumah dah gelap. Tido awal + senang nak bangun awal esok pagi. Lepas tu tido pakai selimut tebal since rumah kampung sejukk.Rumah berlubang2 (kayu) memang best la raser..huhuuuu~

Pagi2 mandi air kolah.. sejuknyer mak aihhhh x boleh blah.. Kalau anak2 nakke sekolah, pagi2 sediakan air panas. Campurkan air panas+air kolah dalam besen. Biar jadi suam..

Kalau kena hari minggu pulak teman isteri 'belanja' kat kedai runcit berdekatan. 'Belanja' tu istilah kampung yang aku guna untuk membeli barang2 dapur & basah untuk stok seminggu. Kalau bosan sangat tunggu isteri 'pot pet' 2x dengan mak cik kaunter tu, aku layan la teh tarik dekat warung sebelah kedai runcit. Tangan pegang surat khabar tengok apa berita best yg nak dibaca. Padahal surat khabar tu dah 2,3 kali dibelek sebelum pergi ke warung lagi.

Begitulah kehidupan2 untuk hari2 seterusnyer. Petang2 ronda2 kampung naik motor cabuk 70cc bawak anak2 @ isteri, layan wrestling kat warung, wat gotong royong kampung kalau ader, senang citer campur dengan orang2 kampung jer la..xyah hirau dengan bandar yang maju, cepat, dan segala benda yang korang2 banggakan sangat tu. Oh kampung..bestnyer!

Tengah sibuk2 berangan, Pukk!! cermin kereta diketuk pak guard bermisai lebat. Aku kembali tersedar dari lamunan dan suasana kembali seperti biasa. Tiada isteri, anak-anak, berada di bandar, dan sebenarnyer di dalam kereta menunggu waktu rehat habis. Haii...lambat betul client ni rehat..penatnyer menunggu..hahaha...^ ^ ""

:dipetik dari diari otakku sendiri, 18 Jan 2011

4 comments:

  1. salam.
    best! wa suka ini post.
    lu memang sempoi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. huhu..thanks bro..nantikan post2 selepas ini..baru nak mula jer ni..hehehek..but really need support n advice from otai2 like you..

    ReplyDelete
  4. aku pon baru start gak ni.
    sama-sama la kita blajo.. hihi

    ReplyDelete