Sunday, September 18, 2011

Dan Nostalgia Itu Kembali..................

Ketika aku sibuk berFB, aku dijenguk kawan lama..alaaa..kawan2 sekolah menengah..time gila2 dulu kann..time blaja nak faham pun susah, buat keje sekolah malas, kalau xder cikgu jer, terus cabut balik asrama..time sibuk cakap mengejar cita2 tapi xtau yg cemerlang dlm pelajaran tu la memudahkan kita nak keja cita2....



hahaha..tu la aku yang dulu..masa sekolah menengah..kawan yang komen kat FB tadi tu pun lebih kurang macam aku jgk..aku tahu aku ada potensi, dan aku tau dia juga ada potensi untuk berjaya.. dan kini setelah 7 thn xpernah bertanya khabar, aku teradd dier hasil usaha korek-mengorek nama2 dari kawan2 lama jugak ni..hehehek ^ ^"

Kagum jugak la aku dgn dier..dari dulu kot! dier xdapat gi jauh masa tu (lepas PMR) sebab ada masalah disiplin. So dier kene buang sekolah. Result PMR dier ok tu. Nak buat macam maner kann..dah rezeki macam tu..berani buat berani la tanggung..hehe

Tapi sekarang ni dier rupanya dah jadi cikgu. Alhamdulillah..kawan aku yg dibenci cikgu, kuat mengajuk cikgu, akhirnya menjadi cikgu juga..hahaha..kalau dah rezeki xkemana..gitu pulak..

Macam tu la kisah kawan aku yg sorang nehh..macam2 ragam..yang aku cerita ni lelaki dan aku juger sorang lelaki...kawan2 masa tu pada aku sangat penting dan aku sgt rapat dgn diorang..so macam2 aku boleh cerita klau nak dikisahkan satu per satu..sebab kadang2 ada kawan2 yang aku jadikan role model..mana yg ok akan aku try ikut..mana yg xok, aku tgkkan jer la..hehe

Cukup la untuk entri ni..tetiber mood lari plak..hehe..jap2 nak rehat jap..bye~~

Tuesday, September 13, 2011

Kehangatan itu Kembali...

Ermmm..lama rasernye xmengarang2 kat blog nehh..so malam ni tetiba ada masa free sket untuk mengarang...rasanya ni lah peluang aku nak buat comeback menambah post2 di blog aku nehh..hehe..ermmmmm.nak citer per yer?? ^_^ "


Hehe..slalunyer aku ni rajen meluah klau fikiran runsing,serabut,konflik dalaman....tapi skarang ni dah jarang laa..maybe sebab aku sgt sibuk kebelakangan ni...huhu..



Lagi satu aku ni kenkadang suke melayan perasaan..klau sedey2, suker dgr lagu2 touching..mmg feel sgt2..best ahhhh~~ hahaha..memang masuk la dlm alam khayalan kalau kene timing..hohoo ..tapi kan..skarang ni aku raser susahhh sgt nak feel..biler ader maser, baring2 atas katil, dengar lagu2 camtu, xmenjadi la feel dier..macam ader something wrong..jiwa dan hati aku macam dah xsepi,kosong,dinginnnnnn...hehehe..macam dah hangat laa..mungkin sebab tu la kot aku dh susah nak feel lagu2 sedeyy..maybe juger skarang ni hari2 yg aku lalui ceria,gembira dan bersemangat kot..hehehe..ye la kannn..tahun ni memang berbeza bagi aku..kerunsingan pun dah xbanyak macam dulu...hangatt jer raser jiwa aku..thanks kepada sesiapa yg menghangatkan kembali hati ku ini...hek hek hek.. ^ ^ V

Berat badan meningkat

Setelah sebulan lebih berehat dari larian, beberapa bulan selepas menyertai larian rasmi, dan mengharungi bulan puasa tanpa senaman, aku kini secara statistiknya dgn menggunakan timbang berat badan elektronik di shopping complex (kena masukkan 20sen dulu! ), berjaya mencatat peningkatan berat badan iaitu sebanyak 77.8kg.. wohooooo..haa suke la suke!! =_=





Keadaan ini jelas bukanlah sesuatu yg membanggakan..so aku dah plan nak kembali aktif berlari.. 15 okt 2011 bakal menjadi larian rasmi pertama aku setelah agak lama berehat akibat kecederaan. Harap2 kecederaan lama tidak berulang.. Aku test2 berlari hari tu rasa macam 90% kecederaan lutut aku pulih.. Tapi aku xpuas hati.. nak try masuk satu event larian baru dapat tgk sejauh mana kaki aku pulih..

Ahhh sudah laaa..aku xpeduli..yg penting aku nak aktif balik berlari..nak bagi fit balik fitness aku nehhh..aduyaiii..ni baru berlari sket dah termengah2.klau maen futsal xtau ah camner dahh..huhuhuhu

Tuesday, March 1, 2011

Alahai Gadis Kota



Situasi di restoran. Hari Ahad. Makan malam bersama family pakcik aku. Meja penuh waktu tu pasal ramai orang dah reserved meja tu awal2. Biaser laa..hari ahad kann..biler bodek2 brader restoran tu, dapat laa satu meja makan..depan meja aku ni ader satu group..3 awek dengan 2 balak..aku ignore jer brader 2 orang tu dek kerana kecantikan 3 orang awek di depan dier..dan di depan aku juger..hoho

Memang cun la.fizikal terbaik..seronok mengusar..hahahak..diorang dapat makanan dulu sebab datang lebih awal dari group saya. So tengok la awek2 tu makan..keh3x..Dalam hati terfikir..."perghh bley cair aku camni..untung larr saper jadi balak dier"..

Xlamer lepas tu, makanan yang kami pesan pun sampai..time tu awek2 tu dah siap makan..so diorang pun sembang2 laaa..skali sambil2 mereka sembang, awek2 tu pegang sebatang rokok..aku dah raser xsedap hati..lepas tu dengan selamber dier pun menyalakan rokok tu (sambil menghisap laa)....

Aduyaiii..kecewa terus aku..muker punyer la lawa, skali smoking daaa..cancel terus..hilang terus mood aku kat awek tu..haha..dalam hati aku terfikir ,"ni kalau smoking ni mesti kaki pub gak nihh..kalau kaki pub arak mesti dah raser ni..dadah? awek 'rewang'?.. haha..sampai camtu skali pemikiran aku..aku memang pantang kalau nampak perempuan smoking..memang jatuh darjat dier kat mata aku..sorry larr..saper suruh kann?? haha

So sesiaper perempuan yang nak smoking, jgn bagi aku nampak..jangan sedih lar kalau kena label camtu dgn sayer yerr..

Alahai gadis kota...mencabar sungguh nak pilih perempuan zaman skarang ni..huhuhu..saper setuju? haha

Friday, February 25, 2011

Dalglish! Please Give Them Chance To Prove


D. Wilson 19thn



M. Kelly 20thn

Kalau tengok balik pemain2 dalam pasukan Liverpool ni, nama2 pemain muda dah banyak kali kelihatan.. Kalau keeper, Gulacsi yang jarang ada,dah pun ada kat bangku simpanan..Defender, xpayah cakap la sebab Kelly dah macam dalam first eleven..Wilson pun dah tunggu masa jer nak rebut tempat dalam pasukan...tengah pulak ada Spearing, Pacheco..Stiker lark ada Ngog..tu nama2 yang familiar dalam reserve team..Ada jugak yang di loan kan.. macam Eccleston (striker) dan Ayala (def).. Prospek memang bagus la..cuma sangat susah nak compete dgn star player + international status lagi kat 1st eleven tu...

Kali ni aku nak reveal pemain muda,tapi bukan dari reserves team,tapi u-18 team.. Liverpool sebenarnyer memiliki pemain yang bertaraf wonderkid setanding Fabregas dan Walcott masa mula2 debut dah..

Ni aku nak share wonderkid pilihan aku dalam pasukan Liverpool


1. Fernandez Suso
17 tahun
(Spain)

ni link utk korang2 tengok bakat yang Suso ader
>> http://www.youtube.com/watch?v=oL3HfYN1jD4

copy paste jer link tu.


2. Raheem Sterling
16 tahun
(English)

link>> http://www.youtube.com/watch?v=ER6S2tCkY0M

amacam? dah tengok? haha..bagi aku Suso tu dah macam gabungan Alonso+Fabregas..Long ball +vision superb, through ball pun terbaek! strength pun xder la lemah sangat..Bagi aku kalau Dalglish dapat hidu dan gunakan kelebihan yang Suso tu ader, perghhh..memang terbaik la..rasanya dah boleh kot bagi debut kat mamat ni..tengok apa yang dia boleh buat kat team Liverpool..Tolong la brani macam Wenger..huhu

Kalau Sterling tu plak macam Walcot la..Laju giler..tapi xper la kalau nak hold dulu talent ni.. sebab laju jer tak boleh gak kalau kat EPL ni..tapi kalau pandai guna,memang leh jadi senjata rahsia la..macam Walcot..hoho~

Youth ni bukan aper..lain sikit perangainyer..darah muda katerkan..athletic + high determination + superb work rate..cumer kadang2 ader sikit nervous di situ..dapat tengok la beza dengan pemain yg kerap main..

Per2 pun aku harap Dalglish kaji balik 2 orang ni..Muda lagi tuuu..paling lama pun bagi laa setahun lagi..Amacam Dalglish? haha


p/s: sangat teringin nak tengok gandingan Gerrard (DM), Suso (CM), Kuyt (RW),Meireles@Cole (LW),Suarez (AM), Carroll (ST) hoho

You'll Never Walk Alone!







Mood Liverpool aku kembali normal setelah melihat persembahan para pemain Liverpool di bawah kendalian lagenda Liverpool sendiri, Kenny Dalglish. Banyak sebenarnyer masalah yang menimpa kelab Liverpool musim ini.


1. Gillet&Hicks si owner yang ntah aper2

2. Pemergian Benitez

3. Kredibiliti Hodgson yang dipersoalkan

4. Penghijrahan Torres


Namun pembelian 2 pemain baru iaitu Andy Carroll dan Luis Suarez melegakan kebanyakan penyokong. Tak payah la nak elaborate 4 point kat atas tu kan.. aku yakin korang2 sumer yang kaki bola faham situasi yang berlaku.

Ke empat-empat masalah tu semuanya berkaitan dan memberi kesan kat performance Liverpool musim ini. Ohh malangnyer.. Baru jer nak bergembira musim ni logo Carlsberg dah tukar..Masalah lain pula yang datang..adehhh~

Aku harap Liverpool dapat Top 4 balik season ni. Tu pun dah cukup la menggembirakan aku. Haha

Bagi aku, Dalglish ni ada kelainan sket. Even Benitez pun ada bagitau sebelum dia blah yang Dalglish ni layak gantikan tempat dia biler dia blah. Boleh pulak Hodgson masuk first2 dulu..
Dalglish ni suka try formasi baru, guna kekuatan dalam pasukan se optimum mungkin, hebat dalam menangani mental pemain, dan yang aku paling suker, yakin kat produk pemain muda..sesuatu yang benitez takder..

Kena ingat jugak yang kali terakhir Liverpool juara EPL 21 tahun lepas tu , managernyer adalah Dalglish. So kepada para penyokong Liverpool, teruskan la menyokong..haha..aku dah tak hirau dah fans team lain kritik..Dah kebal telinga aku nih..just fokus kat Liverpool performance jer.. Come on Liverpool! Y.N.W.A ^ ^















King Kenny









Gillet&Hicks










Rafa Benitez










Torres berbaju biru..huhu

Kalaula boleh kan ...


Minggu ni memang sangat sibuk bekerja.. aku kini hidup dalan keadaan "tiada kehidupan" ataupun "xder life" laa kalau campur2 perkataan..pagi kul lapan dah ke ofis..balik sampai rumah average dalam pukul 8..tu tak kira kalau melilau ke ofis lain tu...ikut teori, balik sepatutnyer kul 5.30 ptg.. tapi slalu jer lewat sampai kul 6 ptg.. Lagi2 kalau bos ader kat ofis..adehh..pastu tido jap kalau mengantuk sangat..kadang2 kul 10 mlm ingat nak tido jap, kul 12 bangun balik..skali terbangun pukul 6 pagi esoknyer daaa..dah nak bersiap pergi keje balik.. kehidupan apakah itu? haha =_=""

Keje plak kene call orang, tunggu feedback..adehh..memang malas giler la..aku dah la jenis yang xboleh menunggu..xsenang duduk aku menunggu feedback dari orang..aaaaaaaa..tengah sibuk2 menunggu tu kadang2 terfikir...kalau aku berlari 10 pusing keliling bangunan,kalau laaa boleh convert larian tu kepada kelajuan tangan dan tindakan diorang untuk bagi feedback kat aku.... aku sanggup! haha

Pernah jugak aku tanya soalan ni kat orang admin office aku. Atas sebab mental yang kurang stabil ketika itu...hahaha.. dia gelakkan aku jer.. Dia kater aku mengalami gangguan halusinasi..adehh..ader ker plak camtu..huhu~

Biar laaa aper nak berlaku..aku sekarang perlukan fokus dan jangan mengeluh..belajar sementara masih muda ni..tu la motivasi aku bagi melalui hari2 kerja yang pantas, bertekanan, dan xbest..huhu~ sabar2...

Sunday, February 13, 2011

Menghabiskan hari minggu di Aquaria KLCC

Beberapa minggu lepas aku telah terjebak dengan situasi 'Lawatan Sambil Belajar' bersama rakan-rakan universiti di Aquaria KLCC. Haha..Yer la kann..Lawatan sambil blaja kan maser kiter kecik2 dulu..tapi ni version bapak budak..hahahaAku pun tak tahu camner aku leh terlibat sama dengan mereka2 itu. Haha.Ceritanya camni...

Pagi Sabtu dalam pukul 9 pagi. Memang waktu aku bergelumang di atas katil. Hajat di hati untuk berehat di rumah sajer kalau waktu cuti hujung minggu. Tapi aku telah menerima panggilan daripada Mus, salah seorang 'peserta program' tersebut untuk lepak di KLCC. Nak sambut kawan jauh katanyer. Aku pun ON jer la sebab kawan aku Husni datang dari jauh tuu, nak melawat KL. Dari Kedah. Tak tau la ada urusan kerja ker, berjumpa yg tersayang ker, atau sajer2 melepas rindu dengan kawan-kawan. Hehehek..Aku segera melupakan persoalan tersebut kerana yang aku tahu, hari Sabtu aku ini bakal diisi dengan aktiviti bersama rakan2.

"Plan nak pergi mana jer Mus?", aku menanya Mus setelah berada di dalam keretanya.

"Aku pun tak tau. Husni ajak jalan2 kat KLCC. Kiter follow jer", balas Mus.

Kereta bergerak dan destinasi kami berdua adalah ke stesyen LRT yang terdekat. Naik LRT lagi senang dan cepat waktu2 cuti ni. Aku terlupa untuk membawa kamera kerana selalunya kalau dengan Mus, memang ader sajer aktiviti penggambaran akan berlaku. So xdapat la aku nak amik2 gambar. Tumpang Mus punya kamera jer laaa..huhu...

Sampai kat sana, kami terus mencari Husni. Husni plak sebenarnyer dah sampai awal. Jang, dan
Memeh yang juga merupakan warga kota lebih awal menyambut Husni. Macam datuk plak nihh..haha

Lepas tu kitorang makan2 sementara menunggu seorang lagi peserta iaitu Jimiey. Biler dan cukup bilangan peserta, perut pun dah diisi, aper lagi lepas solat Zohor kami pun beramai2 laa ke tempat yang ingin dituju, AQUARIA. Nama cambest..haha aku pun xtau tentang kewujudan benda alah tu sebenarnyer. Haha.. Petrosains tu pun xpernah jejak lagi rasernyer.. Haha..wat malu jer..

Lepas bayar tiket masuk, bermulalah pengembaraan geng bas sekolah..wawawa...melaksanakan impian yang dulunya yang tidak kesampaian ke tempat2 camni..hahaha...So gambar2 di bawah adalah ringkasan aktiviti dan kerja2 gila yang kami buat di sana. Kerja aper? Bergambar la aper lagi! huahuahua ^ ^ "

Sebenarnya Aquaria ni sesuai untuk semua lapisan golongan. Yang muda ker, tua ker, berkeluarga ker, aper2 sajer la. Menghayati hidupan marin,serangga, dan macam2 binatang air yang jarang kiter lihat. Enjoy the pix!












Program kami berakhir setelah majlis makan2 yang disponsor Husni sendiri..wawawa..TQ Husni! ^ ^













Monday, February 7, 2011

Mari Bekerja!!


Huhuuu..akhirnyer..dapat gak aku ushar2 blog ni..susah betul nak dapat maser terluang time dah busy semula...jom2 update


Setelah beraper hari dapat bercuti sempena CNY kali ni, akhirnyer kembali la semula kiter ke suasana kerja yang pantas, bertekanan tinggi, dan mencabar..adehhh..memang xsempat nak bersantai2 macam waktu2 cuti..

Cuti lepas aku balik kampung sebab cuti panjang + ayah aku ajak jenjalan ke Melaka. So balik laa..Dah lamer xjenguk rumah kat kampung tu..dapat guling2 kat katil sket, makan2 sket, ok la tu..nanti dah xdapat raser dah suasana camtu biler balik ke rumah bujang..

Aper2 pun, aku akan melupakan buat sementara kampung halamanku. Bekerja, berhempas pulas, dan lain2 perkara yang xbest..hehe..jumper lagi kampung halamanku! xtau biler ader masa nak balik lagi...

Thursday, January 27, 2011

Burung Juga Melakukan Kesilapan




Suasana hening di pagi hari. Aku di dalam kereta, menunggu seorang rakan dari bahagian teknikal syarikatku sampai. Ketika aku menunggu dan kebosanan, aku sempat memerhati kiri, kanan dan sekelilingku.

Di penjuru kanan penglihatanku kelihatan sebatang pokok yg berdaun, bersaiz sedang2, dan dari jenis yang selalu terdapat di tepi2 jalan tuuu..(ada buah yang macam mempelam berwarna merah @ hijau tapi xboleh dimakan). Aku memerhatikan pokok itu. Melihat daun2nya yang hijau dan bergerak2 di tiup angin secara sangat perlahan. Kemudian pandangan aku beralih pula ke pangkal dahan setelah lama memerhatikan daun2 pokok tersebut.

Pada salah satu dahan tersebut ada seekor burung yang aku pasti adalah spesies tiong. Berwarna hitam, dan berparuh kuning. Burung ni jenis yang boleh bercakap jika dilatih dengan betul. Aku perhati betul2 burung tersebut..ada mata, bulu, paruh,kaki,kepak..so skali pandang, aku spontan membuat kesimpulan "ohh..burung ni.biasa tengok. tak cacat pun." tengok balik dengan teliti, kat mulut dier ada cabisan plastik. so spontan aku berfikir,"Ohh..ni burung dewasa nihh..nak buat sarang.Tengah kumpul bahan2 utk sarang dier. Biasa tengok."

Aku perhatikan lagi aksi burung tersebut. Burung tersebut kelihatan sudah jumper destinasi yang ingin ditujui. Dan bersedia terbang kembali. Kali ini aksi yang agak lain dapat aku lihat. Cebisan plastik yang ia gigit terjatuh dari mulutnya. So burung tersebut tak jadi terbang. Melihat ke bawah sebagai tanda kecewa, sebelum berlalu pergi. Aku membuat pemikiran spontan lagi," Ohhh..kesiannyer..burung pun leh buat kesilapan camtu erkk. Yang ni tak biasa tengok!"

Selepas burung itu terbang,aku mengalihkan pandangan ke tempat lain pula. Dalam hati aku berfikir, "Ada juga makhluk Allah yang membuat kesilapan selain manusia yerr? hehe..betul gak..kalau x,takkan ada kes lembu mati kena langgar, monyet mati kena renjatan, kancil masuk perangkap,yer tak?," aku ketawa kecil.

Tiba-tiba aku terfikir untuk melihat makhluk2 lain selain manusia dan haiwan untuk melakukan kesilapan. Adakah pokok boleh buat silap? meja? kerusi? guli? Pemikiran aku kini seperti tidak normal. Walaupun begitu, adalah sesuatu yang baru jika aku dapat lihat semua itu. Haha~

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Orang yang aku tunggu2 telah tiba. So, aku tinggalkan persoalan2 tadi dan kembali normal.

Dipetik dari otakku sendiri : 27 Jan 2011, 9.31 pagi

Sunday, January 23, 2011

Dari Meja Editor II


Salam semua... Untuk update terbaru, saya telahpun membuat Label2 untuk memudahkan rujukan semua pembaca. Jadi saya akan memansuhkan tag [....] pada title post dan menukarkan kepada label di bawah post. Diharap agar ia dapat mengelakkan keserabutan daripada berlaku.

Saya juga telah menambah Label2 baru bagi memperbanyakkan sumber dan jenis2 bacaan yang boleh dibaca.

[Pilihanku] [Info]

Apa2 update terbaru akan saya inform kepada semua melalui ruangan Dari Meja Editor. TQ ^ ^

Menjadi orang Kampung

Di tengah-tengah kesibukan dan kekalutan hidup di bandar, aku terfikir sejenak... Bagaimana agaknya kalau aku dapat hidup sebagai orang kampung. Mungkin seronokkan?

Aku pernah gak la raser dapat menghayati beberapa style orang kampung disebabkan atuk belah mak dan ayahku memang 'pure' kampung la.


Ntah kenapa aku rasa best plak kalau dapat hidup di kampung. Hidup lebih mudah, tenteram dan relaks. Aku menerawang.....Pagi2 dah keluar ke kebun, buat kerje2 kampung. Bekerja sendiri jer. Balik kerja isteri dah tunggu depan tangga rumah. Isteri tak bekerje (suri rumah). Lepas tu anak ada la 2,3 orang, pun menjalankan kehidupan kampung. Kalau petang-petang tu main parit, tangkap ikan rainbow, kalau bosan, main laa teng-teng,batu seremban, ceper, baling selipar, baling tin, tak pun tangkap labah-labah 'king' nak buat lawan dengan 'king' kawan2 yang lain.Hehe

Petang2 bila balik, isteri dah siapkan minum petang. Air teh atau kopi pekat yang ader habuk2 terapung kat permukaan cawan. Makanan pula mestila pisang goreng ker,pisang rebus ker, keledek, ubi kayu,tempe dan sumer yang style kampung2 laa..lepas tu cicah dengan sambal kicap..perghh..kecurr..

Bila maghrib menjelang, siap2 ke surau berdekatan. naik motor pakai kain pelikat. Lepas tu suruh anak pergi mengaji kat rumah ustaz yang berdekatan gak. Pegi naik basikal. Kalau jalan kali,bawak rehal dengan Al-Quran peluk kat dada.

Lepas tu, tengok warta berita tv1 @ 2 @ 3.. Tak payah pasang astro..lepas makan layan family. Kalau xder per2 sangat, tido awal. Style orang kampung ni best. Selalunyer pukul 10 rumah dah gelap. Tido awal + senang nak bangun awal esok pagi. Lepas tu tido pakai selimut tebal since rumah kampung sejukk.Rumah berlubang2 (kayu) memang best la raser..huhuuuu~

Pagi2 mandi air kolah.. sejuknyer mak aihhhh x boleh blah.. Kalau anak2 nakke sekolah, pagi2 sediakan air panas. Campurkan air panas+air kolah dalam besen. Biar jadi suam..

Kalau kena hari minggu pulak teman isteri 'belanja' kat kedai runcit berdekatan. 'Belanja' tu istilah kampung yang aku guna untuk membeli barang2 dapur & basah untuk stok seminggu. Kalau bosan sangat tunggu isteri 'pot pet' 2x dengan mak cik kaunter tu, aku layan la teh tarik dekat warung sebelah kedai runcit. Tangan pegang surat khabar tengok apa berita best yg nak dibaca. Padahal surat khabar tu dah 2,3 kali dibelek sebelum pergi ke warung lagi.

Begitulah kehidupan2 untuk hari2 seterusnyer. Petang2 ronda2 kampung naik motor cabuk 70cc bawak anak2 @ isteri, layan wrestling kat warung, wat gotong royong kampung kalau ader, senang citer campur dengan orang2 kampung jer la..xyah hirau dengan bandar yang maju, cepat, dan segala benda yang korang2 banggakan sangat tu. Oh kampung..bestnyer!

Tengah sibuk2 berangan, Pukk!! cermin kereta diketuk pak guard bermisai lebat. Aku kembali tersedar dari lamunan dan suasana kembali seperti biasa. Tiada isteri, anak-anak, berada di bandar, dan sebenarnyer di dalam kereta menunggu waktu rehat habis. Haii...lambat betul client ni rehat..penatnyer menunggu..hahaha...^ ^ ""

:dipetik dari diari otakku sendiri, 18 Jan 2011

Monday, January 17, 2011

Good Luck Radhi!





Radhi OAG, akhirnya memutuskan untuk ke rumah pengasih bagi mengatasi masalah ketagihan dadah sejak 14 tahun yang lalu. Semoga berjaya Radhi!

Kumpulan OAG ni memang antara favourite band aku masa zaman sekolah dulu. So aku pun dah dengar lama tentang kisah mereka ambil dadah. Tapi since diorang cakap dah stop ambil dadah time diorang tengah top dulu, aku terima jer la..

Tapi kalau dah nama dadah ni, susah beb nak berhenti. Samer jer macam rokok tu. Aku sebenarnyer boleh tau sangat artis2 yang ambil dadah ni. Tengok jer la mata diorang tu. Kalau nampak birat2 gelap tu,cengkung, bukan nak tuduh, tapi 60% confirm diorang ambil dadah + selidik sikit background orang tu. Mostly kalau artis ni nak tutup mata diorang tu guna apa lagi kalau bukan pakai spec gelap. Xpercaya?




MENGAKU



MENGAKU



MENGAKU



TERTANGKAP!

Bukan nak tuduh2..tapi untuk korang semua tatap dan kaji adakah betul semua ini..kepada fans di atas, jangan marah..sebab saya pun peminat diorang gak yerr..


sebelum habis baca post ni, nah dengar2kan la lagu ni khas untuk Radhi..oleh siaper? bekas band dier gak.. Mereka keluar OAG dan tubuhkan group baru The Times..best lagu ni..layannnn~ layan skali radhi! bukan layan pit! haha ^ ^ "


The Times-Picagari

p/s: stylo sebenarnyer radhi ni..jadi idola aku maser zaman sekolah dulu..sorry la bro.. nak bagi pengajaran kat orang ramai bahaya dadah..per2 pun aku tetap support ko radhi!! ^ ^

Raya yang kurang meriah lepas ni

"Dengan ini diumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan adalah pada......."

"Saya bagi penyimpan mohor besar raja-raja telah menetapkan bahawa tarikh berpuasa/hari raya jatuh pada........"

Ayat2 tersebut selalu kiter dengar bila nak sambut Ramadhan dan juga hari raya puasa. Tapi bayangkan la lepas2 ni kalau kita tengok tv jer nak dengar pengumuman puasa/raya dah xder muka macam yang kat bawah ni..mesti pelik + xceria + aneh + frust kan?? hahaha..




Buat pengetahuan semua Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah telahpun mengumunkan persaraannyer sebagai penjaga mohor besar raja2 Melayu berkuatkuasa 7 Jan 2011 (2 minggu lepas) setelah 22 tahun berkhidmat. Lamer tuuuu..So lepas ni korang mesti kecewa kann,xdapat tengok muka TS Engku Ibrahim lagi.. Harap-harap pengganti beliau dapat menggalas tugas dengan baik dan menjadi pujaan untuk generasi seterusnya..haha..yer la kann..kalau dia tak umumkan raya bila,memang tak beraya2 la jawabnyer..maner leh..hahaha..just joking.. ^ ^

Sunday, January 16, 2011

1st day kicking + hamstring


Minggu lepas, Rabu 12 Jan 2011 adalah 1st day aku mula menyepak bola di padang futsal. Rasanya lebih kurang 6 bulan kot aku dah xmain futsal sejak aku mula Latihan Industri tahun lepas. Mula2 takder la terasa sangat sebab tengah sibuk menyesuaikan diri dengan kerja..yela kann..1st time tinggalkan waktu sebagai seorang pelajar..Aku kini boleh dikatakan pekerja sepenuh masa la..haha..

So dalam 6 bulan tu la aku tak bermain futsal dan sibuk 'membesarkan diri' . Sekali tengok alat penimbang, kira BMI aku dah overweight daaaaa...hahaha ^ ^ " ..So mula la nak jogging la,diet la,hape la..ekeke...Nak main futsal plak tak der kenkawan sebab mostly kitorang separate membawa diri masing2.. Kalau ader pun jauh gak la nak jumper.. tu halangan ke-2 aku untuk bermain futsal...

Lama2 aku dah xboleh tahan..kaki dah gatal..ada sekali tu aku sanggup main dengan budak2 sekolah rendah kat padang permainan tepi rumah aku..tiang gol guna tong sampah jer..haha..x boleh tahan punyer pasal..adehhh

Aku pun sibuk laa menanya kat fb tu siapa yg available nak main futsal sama2..senyap jerr..adehhh.. tapi tahun baru ni ader keceriaan buat aku... aku jumper gak rakan2 kerja yang 'kaki futsal' . Sembang punyer sembang, minggu lepas dapat main..yeahhh!!! akhirnyer!!

Masa main tu punyer la penat..pancit wooo..giler dah dekat 6 bulan xmain..maner boleh..selamat laa aku ader jogging dan join event larian..dapat laa guna gak fitness yang ader tu..main memang xingat dunia laaa..lepaskan gian nyer pasal..lepas main,haaaa tau laaa..baru raser injured saner la,sini la..kalau korang nak tau, aku dapat hamstring injury kedua2 belah kaki, + cramp kaki kiri..tu tak termasuk otot2 badan yang lain tu..haha..adehh..muscle tangan plak injured gak sebab main gym 2,3 hari straight..so memang teruk la..haha..so weekend ni memang sangat best melonggarkan otot2 yg injured kat atas katil..

Harap2 minggu ni akan ok..huhu...biler2 ader maser,kiter main lagi yer kenkawan..hahaha

p/s: weh kenkawan sumer!! nak main sound2 la wehhh!! adehhh..tapi weekend la..weekday memang xdapat la..haha

Sunday, January 9, 2011

[santai] Nokia C3 = RM100 !!


Jam menunjukkan 5.15 p.m .. so aper jer lagi yang difikirkan waktu2 camni kalau x selain fikir nak balik jer..yer x? dah la perjalanan balik selalu makan masa 1 jam..tu tak kira kena lalu 2 kawasan jem lagi..so sebelum 5.30 p.m saya dah cabut. Balik jer kena isi minyak dulu bagi penuh. So lepas tu tak payah berhenti2 dah.

Saya pun isi laa minyak kat Shell.

"Bang! pam no. 9, V-Power",saya beritau kat brader kaunter sambil meletak RM3. Minyak dalam tangki dah ada sikit, so RM3 cukup la nak bagi tangki penuh. Tengah sibuk mengisi minyak, terpandang kat sorang brader. Baju putih berseluar jeans, rendah sedikit dari sayer,kulit sawo matang, rambut belah tepi. Beliau menunjukkan sesuatu kat tangannya sambil datang mendekati saya.

"Bang, nak ni? RM550", ayat pertama beliau.

Saya kurang jelas body language yang disampaikan. Rupa2nya di tangan beliau ada sebuah handphone nokia C3 casing hitam.

Saya faham dan secara spontan menjawab, "RM550? maner aku nak cari bro. Lagipun aku tak terfikir nak beli hphone skarang ni. Tak per la", sayer membalas.

"Braper abang nak bayar? bagitau sama saya", brader tu bagi cadangan.

Rasanya brader tu orang borneo kot..dengar slang dier. Sayer mula pelik la. Tengok handphone, baru lagi tu. Tak der calar lagi kot. So saya dengan selamba memberitahu,

"Alamak bro. Ko salah timing la. Maner aku tau ko nak jual barang murah hari ni.RM100 boleh?", aku sajer2 letak harga.

"Boleh laa",brader tu membuat keputusan pantas.

Dalam hati aku berkater.Sah!! ni mesti barang panas..ntah maner dier rembat.

"Err..haha..xper la brader..aku tak beli barang panas ni..Ko try tanya kat orang lain plak saner tu", aku memberi cadangan.

Lepas tu brader tu pun blah. Aku pun blah gak la. Karang lambat2 hujan plak turun. Mandi tengah jalan lagi la aku nanti jawabnyer.Haha~

Dalam perjalanan tu ader gak aku terfikir,kalau la aku beli jer handphone tu. Memang murah giler la.Pastu jual jer la balik kat kedai handphone..RM150 ker, RM200 ker..laku jer tu..yang penting untung!! Walaupun agak menyesal, namun aku gembira dan terselamat kerana iman aku agak tinggi ketika itu. haha..barang panas..bahyer btul..silap2 aku pun dapat saham mencuri tu nanti tak pasal2..tak nak wooooo~

Saper nak beli?! pergi cari brader tu cepat! Barang panas! Harga pun panas! haha~

[luahan] Hari cuti yang tak berapa nak cuti

Tahun baru telah pun bermula beberapa hari yang lalu. Kini aku telahpun mula menyibukkan diri dengan kerja yang bakal menunggu aku.

Setelah agak lama aku tidak mengikuti kerja2 network set up untuk projek syarikat member aku, kini peluang tersebut muncul. Dan boleh dikatakan inilah event pertama aku tahun ini.

Biasa la kalau buat kerja2 IT networking ni, memang mencabar mental. Kiter la yang kena datang paling awal, dan kita la yang kena balik paling lewat. Ye la kan..datang awal nak pastikan internet dan LAN connection berfungsi sebelum mereka guna. Pastikan server, printer,PC, internet semua dalam keadaan baik. Lepas tu kena balik lewat pula. Sebab nak pastikan benda2 tu semua ok sebelum tinggalkan tempat tu in case kalau datang lewat or staff2 event nak guna awal pagi. Tu tak kira problem yang datang tiba2. Nak kena trouble shoot lagi..confirm la akan ader masalah.. Kerja2 ni memang susah nak jangka. So kena prepare jer laaaa..adeh2~

So semalam aku dah mula kena tolong member aku tu. Stand by la kot..tolong2 kalau kawan aku tu nakkan support..haha..aku tak tolong mana pun...sebab aku pun masih dalam pembelajaran dalam bab2 IT networking ni..Server pun member aku yang set up. Aku just tolong2 wat connection untuk PC dengan printer..

Benda tak susah mana pun (abaikan set up server sebab aku xbuat! haha)..tapi bila ader problem, haaa..memang menggelabah la..ntah pelik2 jer problem yang datang.. so kena solve on da spot la..plus lagi pressure dari user..diorang pun nak cepat + kena jaga kualiti dengan organizer lagi..adeh2..masalah senang leh jadi susah kadang2..hahaha ^ ^ "


Kerja2 ni memang sangat teknikal. So nak tak nak, memang kena deal gak ahh..belajar perkara baru bak kater orang2 tua..hehe..so Sabtu dan ahad ni aku habiskan masa kat Royal Chulan Hotel ni jer laaa nampaknyer..datang pukul 9 am, balik pukul 2 am.. adehhh..saket mental ahhh camni..tapi fikir2 balik, azam aku tahun ni memang nak jadi seorang yang workaholic pun..so aku jadikan ni sebagai cabaran pertama.. xleh nak mengeluh2 nihh..come on ahhh!! ^ ^

p/s: sorry tak dapat upload apa2 pix untuk event ni..sebab memang xder niat nak berfoya2 pun..tunggu next event la untuk Le Tour de Langkawi ,ok? hehehek

[santai] EX5 boleh pintas Mercedez?

VS


Aku pun macam tak caya la Mercedez yang gah dengan kualiti, standard, kuasa, dan lain2 boleh kena pintas dengan motor EX5 aku yang beza amat ketara dengan Mercedez tu dari segala segi.

Ceritanya macam ni...

Ada satu hari tu time aku nak pergi kerja, dah la agak lewat, so aku agak rushing la.. Tapi tau2 la laju motor EX5 enjin standard boleh pergi 100-110 km/j jer..120 km/j tu pun cecah kalau time jalan jauh.Enjin dah panas dan stabil.. So pecut punya pecut, cilok punya cilok, ada satu ketika ni aku terperasan Mercedez warna keemasan kat belakang aku. Aku pula tengah amik lane 3, so aku raser Mercedez tu agak menyirap la dengan perangai aku tak sedar diri..huahuahua..aku pun bukan la nak tunjuk samseng..selalu lane 1 dan 2 tu orang buat tukar lorong, sebab nak masuk susur keluar..Malas la kan..bahyer untuk motor sebab selalu motor akan guna jalan tengah2 antara lane 1&2 atau 2&3..mercedez tu pun pula tiba2 jer muncul..tunggu la aku tukar lane jap...

So biler aku masuk lane 2 jer, Mercedez tu terus pintas motor aku. Memecut pantas meninggalkan aku dengan bangganya...huhu..takper2..aku ni ape laa sangat...bawa pun motor jer.. huhu..tapi tak lamer lepas tu, masuk kawasan sibuk..kenderaan jadi slow..ader plak traffic light..kalau kena merah,memang wajib berhenti lar..

aku pun slowkan lar motor aku sebab kenderaan pun dah berderet panjang beratur..selamat motor ni leh lalu tengah2 lane..so xder masalah la..kalau lampu merah jer, memang motor konferm akan sampai depan skali..hehe..kelebihan motor tu! ^ ^

On da way aku nak sampai ke depan traffic light tu, aku pun ternampak daa mercedez yang potong aku tadi..dia pun stuck kat situ xlepas traffic light sebab dah merah..so aku pun selamba2 jer dapat pintas balik Mercedez tu..aku cuba untuk tidak memintasnya. Namun apakan daya aku tidak mampu melakukannya..belakang aku pun motor2 lain dah bersusun..so aku pun pintas la mercedez tu dan sampai la kat garisan paling depan traffic light tu..hebat kan sayer dapat pintas Mercedez? kekeke ^ ^ """