Thursday, January 27, 2011

Burung Juga Melakukan Kesilapan




Suasana hening di pagi hari. Aku di dalam kereta, menunggu seorang rakan dari bahagian teknikal syarikatku sampai. Ketika aku menunggu dan kebosanan, aku sempat memerhati kiri, kanan dan sekelilingku.

Di penjuru kanan penglihatanku kelihatan sebatang pokok yg berdaun, bersaiz sedang2, dan dari jenis yang selalu terdapat di tepi2 jalan tuuu..(ada buah yang macam mempelam berwarna merah @ hijau tapi xboleh dimakan). Aku memerhatikan pokok itu. Melihat daun2nya yang hijau dan bergerak2 di tiup angin secara sangat perlahan. Kemudian pandangan aku beralih pula ke pangkal dahan setelah lama memerhatikan daun2 pokok tersebut.

Pada salah satu dahan tersebut ada seekor burung yang aku pasti adalah spesies tiong. Berwarna hitam, dan berparuh kuning. Burung ni jenis yang boleh bercakap jika dilatih dengan betul. Aku perhati betul2 burung tersebut..ada mata, bulu, paruh,kaki,kepak..so skali pandang, aku spontan membuat kesimpulan "ohh..burung ni.biasa tengok. tak cacat pun." tengok balik dengan teliti, kat mulut dier ada cabisan plastik. so spontan aku berfikir,"Ohh..ni burung dewasa nihh..nak buat sarang.Tengah kumpul bahan2 utk sarang dier. Biasa tengok."

Aku perhatikan lagi aksi burung tersebut. Burung tersebut kelihatan sudah jumper destinasi yang ingin ditujui. Dan bersedia terbang kembali. Kali ini aksi yang agak lain dapat aku lihat. Cebisan plastik yang ia gigit terjatuh dari mulutnya. So burung tersebut tak jadi terbang. Melihat ke bawah sebagai tanda kecewa, sebelum berlalu pergi. Aku membuat pemikiran spontan lagi," Ohhh..kesiannyer..burung pun leh buat kesilapan camtu erkk. Yang ni tak biasa tengok!"

Selepas burung itu terbang,aku mengalihkan pandangan ke tempat lain pula. Dalam hati aku berfikir, "Ada juga makhluk Allah yang membuat kesilapan selain manusia yerr? hehe..betul gak..kalau x,takkan ada kes lembu mati kena langgar, monyet mati kena renjatan, kancil masuk perangkap,yer tak?," aku ketawa kecil.

Tiba-tiba aku terfikir untuk melihat makhluk2 lain selain manusia dan haiwan untuk melakukan kesilapan. Adakah pokok boleh buat silap? meja? kerusi? guli? Pemikiran aku kini seperti tidak normal. Walaupun begitu, adalah sesuatu yang baru jika aku dapat lihat semua itu. Haha~

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Orang yang aku tunggu2 telah tiba. So, aku tinggalkan persoalan2 tadi dan kembali normal.

Dipetik dari otakku sendiri : 27 Jan 2011, 9.31 pagi

3 comments:

  1. salam fendi.
    menarik...
    bleh bikin tajuk research ni...
    ada tak ayam buat silap... terbangun awal berkokok tengah malam... haha...

    ReplyDelete
  2. sungguh menarik, tapi rasanya membuat kesilapan itu memang sebahagian daripada manusia, kesilapan yang mendewasakan kita. Jadi takyah la pikir benda lain kalau benda tu pun nak dewasa....hehe

    my blog new update:
    Oh Speed Trap!

    ReplyDelete
  3. @dayat hahaha..ayam xleh wat silap tang kokok ni..dier kokok sbb nampak malaikat..susah nak predict..maner kiter nak nampaknyer..huhu


    @areripe hehe..tu la..bosan gak tgk manusia..sebab slalu sgt..tu yg kaji benda2 lain plak..hehe

    ReplyDelete