Thursday, January 27, 2011

Burung Juga Melakukan Kesilapan




Suasana hening di pagi hari. Aku di dalam kereta, menunggu seorang rakan dari bahagian teknikal syarikatku sampai. Ketika aku menunggu dan kebosanan, aku sempat memerhati kiri, kanan dan sekelilingku.

Di penjuru kanan penglihatanku kelihatan sebatang pokok yg berdaun, bersaiz sedang2, dan dari jenis yang selalu terdapat di tepi2 jalan tuuu..(ada buah yang macam mempelam berwarna merah @ hijau tapi xboleh dimakan). Aku memerhatikan pokok itu. Melihat daun2nya yang hijau dan bergerak2 di tiup angin secara sangat perlahan. Kemudian pandangan aku beralih pula ke pangkal dahan setelah lama memerhatikan daun2 pokok tersebut.

Pada salah satu dahan tersebut ada seekor burung yang aku pasti adalah spesies tiong. Berwarna hitam, dan berparuh kuning. Burung ni jenis yang boleh bercakap jika dilatih dengan betul. Aku perhati betul2 burung tersebut..ada mata, bulu, paruh,kaki,kepak..so skali pandang, aku spontan membuat kesimpulan "ohh..burung ni.biasa tengok. tak cacat pun." tengok balik dengan teliti, kat mulut dier ada cabisan plastik. so spontan aku berfikir,"Ohh..ni burung dewasa nihh..nak buat sarang.Tengah kumpul bahan2 utk sarang dier. Biasa tengok."

Aku perhatikan lagi aksi burung tersebut. Burung tersebut kelihatan sudah jumper destinasi yang ingin ditujui. Dan bersedia terbang kembali. Kali ini aksi yang agak lain dapat aku lihat. Cebisan plastik yang ia gigit terjatuh dari mulutnya. So burung tersebut tak jadi terbang. Melihat ke bawah sebagai tanda kecewa, sebelum berlalu pergi. Aku membuat pemikiran spontan lagi," Ohhh..kesiannyer..burung pun leh buat kesilapan camtu erkk. Yang ni tak biasa tengok!"

Selepas burung itu terbang,aku mengalihkan pandangan ke tempat lain pula. Dalam hati aku berfikir, "Ada juga makhluk Allah yang membuat kesilapan selain manusia yerr? hehe..betul gak..kalau x,takkan ada kes lembu mati kena langgar, monyet mati kena renjatan, kancil masuk perangkap,yer tak?," aku ketawa kecil.

Tiba-tiba aku terfikir untuk melihat makhluk2 lain selain manusia dan haiwan untuk melakukan kesilapan. Adakah pokok boleh buat silap? meja? kerusi? guli? Pemikiran aku kini seperti tidak normal. Walaupun begitu, adalah sesuatu yang baru jika aku dapat lihat semua itu. Haha~

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Orang yang aku tunggu2 telah tiba. So, aku tinggalkan persoalan2 tadi dan kembali normal.

Dipetik dari otakku sendiri : 27 Jan 2011, 9.31 pagi

Sunday, January 23, 2011

Dari Meja Editor II


Salam semua... Untuk update terbaru, saya telahpun membuat Label2 untuk memudahkan rujukan semua pembaca. Jadi saya akan memansuhkan tag [....] pada title post dan menukarkan kepada label di bawah post. Diharap agar ia dapat mengelakkan keserabutan daripada berlaku.

Saya juga telah menambah Label2 baru bagi memperbanyakkan sumber dan jenis2 bacaan yang boleh dibaca.

[Pilihanku] [Info]

Apa2 update terbaru akan saya inform kepada semua melalui ruangan Dari Meja Editor. TQ ^ ^

Menjadi orang Kampung

Di tengah-tengah kesibukan dan kekalutan hidup di bandar, aku terfikir sejenak... Bagaimana agaknya kalau aku dapat hidup sebagai orang kampung. Mungkin seronokkan?

Aku pernah gak la raser dapat menghayati beberapa style orang kampung disebabkan atuk belah mak dan ayahku memang 'pure' kampung la.


Ntah kenapa aku rasa best plak kalau dapat hidup di kampung. Hidup lebih mudah, tenteram dan relaks. Aku menerawang.....Pagi2 dah keluar ke kebun, buat kerje2 kampung. Bekerja sendiri jer. Balik kerja isteri dah tunggu depan tangga rumah. Isteri tak bekerje (suri rumah). Lepas tu anak ada la 2,3 orang, pun menjalankan kehidupan kampung. Kalau petang-petang tu main parit, tangkap ikan rainbow, kalau bosan, main laa teng-teng,batu seremban, ceper, baling selipar, baling tin, tak pun tangkap labah-labah 'king' nak buat lawan dengan 'king' kawan2 yang lain.Hehe

Petang2 bila balik, isteri dah siapkan minum petang. Air teh atau kopi pekat yang ader habuk2 terapung kat permukaan cawan. Makanan pula mestila pisang goreng ker,pisang rebus ker, keledek, ubi kayu,tempe dan sumer yang style kampung2 laa..lepas tu cicah dengan sambal kicap..perghh..kecurr..

Bila maghrib menjelang, siap2 ke surau berdekatan. naik motor pakai kain pelikat. Lepas tu suruh anak pergi mengaji kat rumah ustaz yang berdekatan gak. Pegi naik basikal. Kalau jalan kali,bawak rehal dengan Al-Quran peluk kat dada.

Lepas tu, tengok warta berita tv1 @ 2 @ 3.. Tak payah pasang astro..lepas makan layan family. Kalau xder per2 sangat, tido awal. Style orang kampung ni best. Selalunyer pukul 10 rumah dah gelap. Tido awal + senang nak bangun awal esok pagi. Lepas tu tido pakai selimut tebal since rumah kampung sejukk.Rumah berlubang2 (kayu) memang best la raser..huhuuuu~

Pagi2 mandi air kolah.. sejuknyer mak aihhhh x boleh blah.. Kalau anak2 nakke sekolah, pagi2 sediakan air panas. Campurkan air panas+air kolah dalam besen. Biar jadi suam..

Kalau kena hari minggu pulak teman isteri 'belanja' kat kedai runcit berdekatan. 'Belanja' tu istilah kampung yang aku guna untuk membeli barang2 dapur & basah untuk stok seminggu. Kalau bosan sangat tunggu isteri 'pot pet' 2x dengan mak cik kaunter tu, aku layan la teh tarik dekat warung sebelah kedai runcit. Tangan pegang surat khabar tengok apa berita best yg nak dibaca. Padahal surat khabar tu dah 2,3 kali dibelek sebelum pergi ke warung lagi.

Begitulah kehidupan2 untuk hari2 seterusnyer. Petang2 ronda2 kampung naik motor cabuk 70cc bawak anak2 @ isteri, layan wrestling kat warung, wat gotong royong kampung kalau ader, senang citer campur dengan orang2 kampung jer la..xyah hirau dengan bandar yang maju, cepat, dan segala benda yang korang2 banggakan sangat tu. Oh kampung..bestnyer!

Tengah sibuk2 berangan, Pukk!! cermin kereta diketuk pak guard bermisai lebat. Aku kembali tersedar dari lamunan dan suasana kembali seperti biasa. Tiada isteri, anak-anak, berada di bandar, dan sebenarnyer di dalam kereta menunggu waktu rehat habis. Haii...lambat betul client ni rehat..penatnyer menunggu..hahaha...^ ^ ""

:dipetik dari diari otakku sendiri, 18 Jan 2011

Monday, January 17, 2011

Good Luck Radhi!





Radhi OAG, akhirnya memutuskan untuk ke rumah pengasih bagi mengatasi masalah ketagihan dadah sejak 14 tahun yang lalu. Semoga berjaya Radhi!

Kumpulan OAG ni memang antara favourite band aku masa zaman sekolah dulu. So aku pun dah dengar lama tentang kisah mereka ambil dadah. Tapi since diorang cakap dah stop ambil dadah time diorang tengah top dulu, aku terima jer la..

Tapi kalau dah nama dadah ni, susah beb nak berhenti. Samer jer macam rokok tu. Aku sebenarnyer boleh tau sangat artis2 yang ambil dadah ni. Tengok jer la mata diorang tu. Kalau nampak birat2 gelap tu,cengkung, bukan nak tuduh, tapi 60% confirm diorang ambil dadah + selidik sikit background orang tu. Mostly kalau artis ni nak tutup mata diorang tu guna apa lagi kalau bukan pakai spec gelap. Xpercaya?




MENGAKU



MENGAKU



MENGAKU



TERTANGKAP!

Bukan nak tuduh2..tapi untuk korang semua tatap dan kaji adakah betul semua ini..kepada fans di atas, jangan marah..sebab saya pun peminat diorang gak yerr..


sebelum habis baca post ni, nah dengar2kan la lagu ni khas untuk Radhi..oleh siaper? bekas band dier gak.. Mereka keluar OAG dan tubuhkan group baru The Times..best lagu ni..layannnn~ layan skali radhi! bukan layan pit! haha ^ ^ "


The Times-Picagari

p/s: stylo sebenarnyer radhi ni..jadi idola aku maser zaman sekolah dulu..sorry la bro.. nak bagi pengajaran kat orang ramai bahaya dadah..per2 pun aku tetap support ko radhi!! ^ ^

Raya yang kurang meriah lepas ni

"Dengan ini diumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan adalah pada......."

"Saya bagi penyimpan mohor besar raja-raja telah menetapkan bahawa tarikh berpuasa/hari raya jatuh pada........"

Ayat2 tersebut selalu kiter dengar bila nak sambut Ramadhan dan juga hari raya puasa. Tapi bayangkan la lepas2 ni kalau kita tengok tv jer nak dengar pengumuman puasa/raya dah xder muka macam yang kat bawah ni..mesti pelik + xceria + aneh + frust kan?? hahaha..




Buat pengetahuan semua Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah telahpun mengumunkan persaraannyer sebagai penjaga mohor besar raja2 Melayu berkuatkuasa 7 Jan 2011 (2 minggu lepas) setelah 22 tahun berkhidmat. Lamer tuuuu..So lepas ni korang mesti kecewa kann,xdapat tengok muka TS Engku Ibrahim lagi.. Harap-harap pengganti beliau dapat menggalas tugas dengan baik dan menjadi pujaan untuk generasi seterusnya..haha..yer la kann..kalau dia tak umumkan raya bila,memang tak beraya2 la jawabnyer..maner leh..hahaha..just joking.. ^ ^

Sunday, January 16, 2011

1st day kicking + hamstring


Minggu lepas, Rabu 12 Jan 2011 adalah 1st day aku mula menyepak bola di padang futsal. Rasanya lebih kurang 6 bulan kot aku dah xmain futsal sejak aku mula Latihan Industri tahun lepas. Mula2 takder la terasa sangat sebab tengah sibuk menyesuaikan diri dengan kerja..yela kann..1st time tinggalkan waktu sebagai seorang pelajar..Aku kini boleh dikatakan pekerja sepenuh masa la..haha..

So dalam 6 bulan tu la aku tak bermain futsal dan sibuk 'membesarkan diri' . Sekali tengok alat penimbang, kira BMI aku dah overweight daaaaa...hahaha ^ ^ " ..So mula la nak jogging la,diet la,hape la..ekeke...Nak main futsal plak tak der kenkawan sebab mostly kitorang separate membawa diri masing2.. Kalau ader pun jauh gak la nak jumper.. tu halangan ke-2 aku untuk bermain futsal...

Lama2 aku dah xboleh tahan..kaki dah gatal..ada sekali tu aku sanggup main dengan budak2 sekolah rendah kat padang permainan tepi rumah aku..tiang gol guna tong sampah jer..haha..x boleh tahan punyer pasal..adehhh

Aku pun sibuk laa menanya kat fb tu siapa yg available nak main futsal sama2..senyap jerr..adehhh.. tapi tahun baru ni ader keceriaan buat aku... aku jumper gak rakan2 kerja yang 'kaki futsal' . Sembang punyer sembang, minggu lepas dapat main..yeahhh!!! akhirnyer!!

Masa main tu punyer la penat..pancit wooo..giler dah dekat 6 bulan xmain..maner boleh..selamat laa aku ader jogging dan join event larian..dapat laa guna gak fitness yang ader tu..main memang xingat dunia laaa..lepaskan gian nyer pasal..lepas main,haaaa tau laaa..baru raser injured saner la,sini la..kalau korang nak tau, aku dapat hamstring injury kedua2 belah kaki, + cramp kaki kiri..tu tak termasuk otot2 badan yang lain tu..haha..adehh..muscle tangan plak injured gak sebab main gym 2,3 hari straight..so memang teruk la..haha..so weekend ni memang sangat best melonggarkan otot2 yg injured kat atas katil..

Harap2 minggu ni akan ok..huhu...biler2 ader maser,kiter main lagi yer kenkawan..hahaha

p/s: weh kenkawan sumer!! nak main sound2 la wehhh!! adehhh..tapi weekend la..weekday memang xdapat la..haha

Sunday, January 9, 2011

[santai] Nokia C3 = RM100 !!


Jam menunjukkan 5.15 p.m .. so aper jer lagi yang difikirkan waktu2 camni kalau x selain fikir nak balik jer..yer x? dah la perjalanan balik selalu makan masa 1 jam..tu tak kira kena lalu 2 kawasan jem lagi..so sebelum 5.30 p.m saya dah cabut. Balik jer kena isi minyak dulu bagi penuh. So lepas tu tak payah berhenti2 dah.

Saya pun isi laa minyak kat Shell.

"Bang! pam no. 9, V-Power",saya beritau kat brader kaunter sambil meletak RM3. Minyak dalam tangki dah ada sikit, so RM3 cukup la nak bagi tangki penuh. Tengah sibuk mengisi minyak, terpandang kat sorang brader. Baju putih berseluar jeans, rendah sedikit dari sayer,kulit sawo matang, rambut belah tepi. Beliau menunjukkan sesuatu kat tangannya sambil datang mendekati saya.

"Bang, nak ni? RM550", ayat pertama beliau.

Saya kurang jelas body language yang disampaikan. Rupa2nya di tangan beliau ada sebuah handphone nokia C3 casing hitam.

Saya faham dan secara spontan menjawab, "RM550? maner aku nak cari bro. Lagipun aku tak terfikir nak beli hphone skarang ni. Tak per la", sayer membalas.

"Braper abang nak bayar? bagitau sama saya", brader tu bagi cadangan.

Rasanya brader tu orang borneo kot..dengar slang dier. Sayer mula pelik la. Tengok handphone, baru lagi tu. Tak der calar lagi kot. So saya dengan selamba memberitahu,

"Alamak bro. Ko salah timing la. Maner aku tau ko nak jual barang murah hari ni.RM100 boleh?", aku sajer2 letak harga.

"Boleh laa",brader tu membuat keputusan pantas.

Dalam hati aku berkater.Sah!! ni mesti barang panas..ntah maner dier rembat.

"Err..haha..xper la brader..aku tak beli barang panas ni..Ko try tanya kat orang lain plak saner tu", aku memberi cadangan.

Lepas tu brader tu pun blah. Aku pun blah gak la. Karang lambat2 hujan plak turun. Mandi tengah jalan lagi la aku nanti jawabnyer.Haha~

Dalam perjalanan tu ader gak aku terfikir,kalau la aku beli jer handphone tu. Memang murah giler la.Pastu jual jer la balik kat kedai handphone..RM150 ker, RM200 ker..laku jer tu..yang penting untung!! Walaupun agak menyesal, namun aku gembira dan terselamat kerana iman aku agak tinggi ketika itu. haha..barang panas..bahyer btul..silap2 aku pun dapat saham mencuri tu nanti tak pasal2..tak nak wooooo~

Saper nak beli?! pergi cari brader tu cepat! Barang panas! Harga pun panas! haha~

[luahan] Hari cuti yang tak berapa nak cuti

Tahun baru telah pun bermula beberapa hari yang lalu. Kini aku telahpun mula menyibukkan diri dengan kerja yang bakal menunggu aku.

Setelah agak lama aku tidak mengikuti kerja2 network set up untuk projek syarikat member aku, kini peluang tersebut muncul. Dan boleh dikatakan inilah event pertama aku tahun ini.

Biasa la kalau buat kerja2 IT networking ni, memang mencabar mental. Kiter la yang kena datang paling awal, dan kita la yang kena balik paling lewat. Ye la kan..datang awal nak pastikan internet dan LAN connection berfungsi sebelum mereka guna. Pastikan server, printer,PC, internet semua dalam keadaan baik. Lepas tu kena balik lewat pula. Sebab nak pastikan benda2 tu semua ok sebelum tinggalkan tempat tu in case kalau datang lewat or staff2 event nak guna awal pagi. Tu tak kira problem yang datang tiba2. Nak kena trouble shoot lagi..confirm la akan ader masalah.. Kerja2 ni memang susah nak jangka. So kena prepare jer laaaa..adeh2~

So semalam aku dah mula kena tolong member aku tu. Stand by la kot..tolong2 kalau kawan aku tu nakkan support..haha..aku tak tolong mana pun...sebab aku pun masih dalam pembelajaran dalam bab2 IT networking ni..Server pun member aku yang set up. Aku just tolong2 wat connection untuk PC dengan printer..

Benda tak susah mana pun (abaikan set up server sebab aku xbuat! haha)..tapi bila ader problem, haaa..memang menggelabah la..ntah pelik2 jer problem yang datang.. so kena solve on da spot la..plus lagi pressure dari user..diorang pun nak cepat + kena jaga kualiti dengan organizer lagi..adeh2..masalah senang leh jadi susah kadang2..hahaha ^ ^ "


Kerja2 ni memang sangat teknikal. So nak tak nak, memang kena deal gak ahh..belajar perkara baru bak kater orang2 tua..hehe..so Sabtu dan ahad ni aku habiskan masa kat Royal Chulan Hotel ni jer laaa nampaknyer..datang pukul 9 am, balik pukul 2 am.. adehhh..saket mental ahhh camni..tapi fikir2 balik, azam aku tahun ni memang nak jadi seorang yang workaholic pun..so aku jadikan ni sebagai cabaran pertama.. xleh nak mengeluh2 nihh..come on ahhh!! ^ ^

p/s: sorry tak dapat upload apa2 pix untuk event ni..sebab memang xder niat nak berfoya2 pun..tunggu next event la untuk Le Tour de Langkawi ,ok? hehehek

[santai] EX5 boleh pintas Mercedez?

VS


Aku pun macam tak caya la Mercedez yang gah dengan kualiti, standard, kuasa, dan lain2 boleh kena pintas dengan motor EX5 aku yang beza amat ketara dengan Mercedez tu dari segala segi.

Ceritanya macam ni...

Ada satu hari tu time aku nak pergi kerja, dah la agak lewat, so aku agak rushing la.. Tapi tau2 la laju motor EX5 enjin standard boleh pergi 100-110 km/j jer..120 km/j tu pun cecah kalau time jalan jauh.Enjin dah panas dan stabil.. So pecut punya pecut, cilok punya cilok, ada satu ketika ni aku terperasan Mercedez warna keemasan kat belakang aku. Aku pula tengah amik lane 3, so aku raser Mercedez tu agak menyirap la dengan perangai aku tak sedar diri..huahuahua..aku pun bukan la nak tunjuk samseng..selalu lane 1 dan 2 tu orang buat tukar lorong, sebab nak masuk susur keluar..Malas la kan..bahyer untuk motor sebab selalu motor akan guna jalan tengah2 antara lane 1&2 atau 2&3..mercedez tu pun pula tiba2 jer muncul..tunggu la aku tukar lane jap...

So biler aku masuk lane 2 jer, Mercedez tu terus pintas motor aku. Memecut pantas meninggalkan aku dengan bangganya...huhu..takper2..aku ni ape laa sangat...bawa pun motor jer.. huhu..tapi tak lamer lepas tu, masuk kawasan sibuk..kenderaan jadi slow..ader plak traffic light..kalau kena merah,memang wajib berhenti lar..

aku pun slowkan lar motor aku sebab kenderaan pun dah berderet panjang beratur..selamat motor ni leh lalu tengah2 lane..so xder masalah la..kalau lampu merah jer, memang motor konferm akan sampai depan skali..hehe..kelebihan motor tu! ^ ^

On da way aku nak sampai ke depan traffic light tu, aku pun ternampak daa mercedez yang potong aku tadi..dia pun stuck kat situ xlepas traffic light sebab dah merah..so aku pun selamba2 jer dapat pintas balik Mercedez tu..aku cuba untuk tidak memintasnya. Namun apakan daya aku tidak mampu melakukannya..belakang aku pun motor2 lain dah bersusun..so aku pun pintas la mercedez tu dan sampai la kat garisan paling depan traffic light tu..hebat kan sayer dapat pintas Mercedez? kekeke ^ ^ """

Thursday, January 6, 2011

Mengimbau Kenangan Semasa Hujan

Ada banyak kenangan yang aku ingat ketika waktu hujan dan selepas hujan. Aku segera kembali ke zaman ketika aku masih kanak-kanak. Waktu tu aku baru balik sekolah agama (petang). Hujan renyai-renyai dan lopak2 air masih lagi banyak. So memang waktu2 yang aku tunggu tu. Mak dengan ayah keje. So aku kena la berbasikal ke sekolah. Kena pulak hari Jumaat, esok cuti. Memang tak payah tunggu hujan berhenti, ajak kawan2,balik berhujan..So dapat mandi hujan free..ekekeke..kalau mak tanya, cakap jer hujan masa on da way balik..haha..alasan baik jer sumer tu.. kalau nampak lopak air tu, aku pergi la dekat dengan lopak air tu, then hulur kaki kat lopak tu. So berkocak la air. Kena pula kawan2 ada dekat situ..hahaha..rasakan la air lopak air + lumpur..Berlawan la kami masa tu. Sibuk cari lopak air..kenakan satu sama lain..hahaha..Memang giler tengah2 jalan wat camtu..adehhh

Waktu hujan gak best kalau main lumba sampan dalam longkang.. Biasa la...budak taman..longkang kat kawasan taman perumahan tu memang banyakla.. Waktu hujan ni air longkang tengah deras.. So apa lagi masing2 mengeluarkan sampan masing2.. Dengan teori2 tersendiri nak jadikan sampan tu laju, bermula la perlumbaan tu..ada yang guna batang ais krim, rumput,plastik cawan, dan macam2 lagi la..semua nak menang..yang xboleh blah, siap ader yg menipu lagi..hahaha..main tahan2 sampan orang lain..aduyaiiii...tak aci la gitu wehh!

Kenangan tunggu hujan berhenti pun ada gak..Balik sekolah lepas aktiviti persatuan (hari Sabtu). Mak aku tak boleh ambil sebab selalu ada mesyuarat kat pejabat dia. So aku kena balik naik bas. ok jer..sebab dengan kawan2..Seronok pun ada sebab baru belajar berdikari..Kalau kena waktu hujan memang saket la..kena tunggu hujan berhenti,kalau tak sempat sampai ke bas stand, CC (cyber cafe) menjadi tempat aku berteduh..Alasan berteduhh..huhh..padahal kemaruk main game counter-strike dengan red alert..hahaha..tunggu laaa sampai hujan berhenti..

owhh..bila dah masuk sekolah menengah, best nyer lepas hujan ni ialah bila main bola. Main bola lepas hujan ni lain sikit style nyer..lari pun xboleh pijak padang kuat sangat,senang terjatuh..lagi satu kalau bola jatuh kat lopak air,bola tu tak melantun. dan kalau nak sepak bola kat kawasan berlopak, kena sungkit sikit sebab kalau tak,bola tu memang x pergi mana la..haha..lagi satu, bab sliding..kalau lepas hujan ni, memang best! sliding boleh pergi jauh! kekekeke..tak dapat bola, kaki kawan pun jadi! haha lepas tu dua-dua telan air lopak+ rumput..haha

Kalau diingat-ingat balik, best sebenarnyer hujan ni..kalau takder aktiviti2 menarik, waktu2 camni pun sedap jer kalau bergulung dalam selimut,lepas tu tidur tak ingat..wawawa..yang ni korang2 sumer mesti pernah buat gak kann? ^ ^