Friday, December 31, 2010

[santai] Apa plan saya sambut tahun baru?

Kawan A: "brader, aper plan malam tahun baru ni? aku call Kawan C, dia sambut dengan family la der. Ko camner?"

Saya: "Hehe. Jom gi lepak i-City? aku ajak Kawan B. Rumah dier area2 situ jer. nanti malam aku confirmkan balik der. okey?"

Kawan A: " Beres. Inform awal skit la"


Aku segera confirmkan plan dengan Kawan B.


Saya: "Weh, per cer malam ni? Kawan A ajak lepak tunggu 2010,ushar bunga api ker..amacam?"

Kawan B: "Aku tak confirm lagi la. Sebab housemate aku ajak keluar. Tak tau diorang nak gi ajak mana. Nanti aku confirmkan dalam kul 8 mlm. Jadi atau tak. Tunggu ahh"

-------------------------------------------------------------


Jam menunjukkan pukul 11 malam. Panggilan Kawan B masih ku tunggu. aku terfikir waktu-waktu camni kalau dapat pergi pun, rasa jalan jem kot. Nak pergi plak naik kete Kawan A. So kiranya aku dah pun decide apa plan nak sambut tahun 2011 ni.



1. Call kawan2 (Kawan A dengan Kawan B tadi)

2. Post perbualan ni kat blog (macam yang aku buat ni)

3. Baring guling-guling atas katil


Tu lar cara saya sambut tahun 2011...
"Yeahh!!!! sayer sangat2 seronokkk!!!!!", jerit saya sambil mengetap-ngetap bibir menahan kesedihan..hahaha T______T """"


So tahun ni macam tahun-tahun lepas juga la. Tak sambut mana pun. Hahaha..tak per la..kalau ader rezeki, tahun depan sayer sambut baik sikit. Nak buat camner kan? hidup seorang bujang perantau...camni lar..kawan pun xder..memang kene cari kekaseh cepat2 nehh.L eh la jadi peneman hidup...hakhakhak

Dah ada azam tahun baru?

Macam tak caya jer tahun 2010 akan menjadi kenangan. Kalau saya fikir balik, adakah kita akan berjumpa lagi dengan 2010? tahun-tahun sebelumnya? Adakah tahun2 tersebut akan dipakai semula? lepas 2010 tiba2 pakat ramai2 satu dunia nak pakai 2005. Boleh ker? haha.. MUSTAHIL kot.. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Kita pasti akan merindui dan terkenang masa2 yang telah berlalu selepas ini.Huhu~ dan sampai hari kiamat pun rasanya kita tidak akan rasa lagi 2010, dan lain2 tahun yang berlalu. Aishhh.... Rasa rugi pun ader kenkadang.....tak per lahh.. benda dah berlalu..nak, tak nak, memang kena tinggalkan kerana memang dah lumrah alam,fitrah kehidupan...

Tahun depan mungkin menjadi tahun mencabar saya sebagai seorang pekerja sepenuh masa. Berbeza dengan tahun2 sebelumnya,dulu saya masih lagi belajar. So azam tahun ni mungkin saya akan letak beberapa perkara/misi penting untuk saya capai.

1. menjadi seorang yang workaholic (gila kerja)!
2. kuruskan + jaga badan.. hakhak
3. cuba berjinak2 bantu keluarga
4. rancang masa depan dgn lebih baik
5. lari,lari dan lari!!!

harap2 azam2 tu dapat menjadi motivasi diri saya dan semoga saya berjaya mencapainya InsyaAllah. ^ ^

Selamat tinggal 2010! Selamat Datang 2011! ^ ^

Thursday, December 30, 2010

[special] Tahniah skuad Sang Juara

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana sekali lagi mengharumkan nama negara. Mereka berjaya melaksanakan misi ini sepertimana yang telah di lakukan sukan skuasy, badminton, lumba basikal, renang, hoki, bowling, dan lain2 acara.

Secara diam2 mereka telah mengutip satu lagi gelaran juara, iaitu Juara Piala AFF Suzuki yang dulu dikenali sebagai Piala Tiger. Sebelum ni Malaysia telahpun menjuarai kejohanan Sukan SEA. So kejayaan ini telah membuka mata ramai pihak termasuk saya sendiri bahawa Malaysia masih lagi gagah di rantau ini.

Rasanya sudah berapa lama saya tidak mengingati nama2 pemain Malaysia, menjadikan mereka
sebagai pemain idola saya. Pasukan Malaysia favourite saya adalah Malaysia 2003 (abaikan era Ghani Minhat,SuperMokh,James Wong) yang ketika itu mempunyai pemain2 hebat seperti Indra Putra, Akmal Rizal, Khairunnisam Shahabudin, Nor Hafiz Zamani, Azmin Azram, Eddy Helmy, K Nanthakumar dan lain2..penat pula nak tulis semua. ^ ^ "

Pasukan ini saya lihat mempunyai karekter dan influence tersendiri. Permainan juga amat cantik. Tahniah kepada Alan Harris yang melatih mereka. Cuma mereka tak mempunyai nasib yang lebih baik. Mungkin lawan seperti Thailand, dan Indonesia juga sama2 gagah ketika itu.

Kini nama2 baru mula menggantikan mereka. Nama2 seperti Fahmi, Kunalan, NorShahrul, Safee akan mula menjadi perhatian saya selepas ini. Hehe..Syabas! Nak namakan kembar Zaquan+Aidil tapi diorang injured plak..adehh

err anda semua tak nak jadikan mereka player fevret anda? Rugi2!! takut kena tunggu 14 tahun lagi.. hehehek ^ ^

Mereka juga patut berasa bangga kerana kejayaan mereka kali ini menyebabkan Malaysia terpaksa menambah satu lagi hari cuti untuk 2010 ni..hebat tak hebat laaa..hoho

p/s: Malaysia tak pernah menjuarai ketika zaman Piala Tiger. Sponsor utama masa tu Tiger Beers. Kali ini menang lepas Suzuki jadi penaja utama. Rasa2 kenapa yerr? hehehe ^ ^

[luahan] Dah daftar belum!!!??

"Dek, ko dah daftar belum sebagai pengundi!? pilihan raya dah dekat ni!", soal mak saya kepada saya.Satu pertanyaan yang mengubah tempo perbualan kami berdua.

"Hehe..belum lagi la mak. Bila2 balik kampung, Arul daftar la nanti", jawab saya menenangkan hati mak saya.

Sebenarnya saya pun tak tahu sangat bila dah daftar nanti, nak undi siapa. Persoalan yang menyebabkan saya tidak bersemangat untuk menjadi pengundi. Rasa macam nak buat undi rosak jer..haha..boleh ker? Politik Malaysia ni,pada saya kotor. Penuh taktikal dan muslihat. Tak tau la negara lain macam mana. Malas nak amik tau negara lain..Namun sebagai rakyat, kita ada tanggungjawab kepada pemimpin. Nanti-nanti lah saya fikir balik..fikiran saya masih muda..pengalaman kurang lagi..perlu kaji lebih teliti.hehe..

err...mak, tunggu sayer balik yerrr.. hehehek >__<

kepada semua pembaca, jawab soalan mak saya tu.. dah daftar belum?? ^ ^

[luahan] LASER: kenapa jadi isu?

Saya kurang berpuas hati dengan media2 yang menjadikan laser sebagai isu panas. Perlukah diwar-warkan sehingga ada yang buat khabar angin FIFA nak saman Malaysia la, game dibatalkan la, apa-apa lagi la... Kalau nak tau, liga bola sepak lain dah lama ada masalah ni. Sebagai contoh Liga Inggeris (BPL)..Pernah jer saya nampak keeper Liverpool, Jose Reina tu kena pancaran laser camtu. Takder la kecoh sangat..

So
bagi saya ianya adalah satu perang psikologi daripada pihak lawan. Siapa baru nak kecoh2 ni confirm laaa tak ambil tau hal luar negara. Katak bawah tempurung kot? Keeper kedua Malaysia, Sharbinee dah pun bagi tips untuk elak gangguan laser tu. So ambil la tips tu. Settle..Kajian pun dah bagitau laser tu pancaran lemah..jarak pun jauh..so tak merbahaya..

Wednesday, December 29, 2010

[luahan] Menjadi pekerja tanpa hati dan perasaan

Semalam saya belajar sesuatu yang baru sebagai seorang pekerja. Saya telah diajar oleh bos saya sendiri untuk menjadi seorang yang pentingkan diri, dan berbuat apa saja demi mencapai matlamat. Haha..hebat, tak hebat la bos saya tu..Dalam panggilan telefon semalam, boss memarahi saya kerana terlalu lambat mendapatkan feedback dari supplier. Saya dah pun jelaskan la situasi yang berlaku dan boss suruh mencari cara lain untuk menghubungi supplier tu dan settlekan masalah tersebut. Bagi saya, 'Cara' lain tu adalah melalui paksaan. Paksa supplier tu untuk cepatkan kerja mereka. Dan hasil desakan saya, kerja berjaya diselesaikan. Ketika saya terfikir satu kerja dah selesai,saya tertanya-tanya adakah tindakan yang saya buat tu betul? adakah mereka terpaksa melepaskan tugas lain yang mungkin lebih penting semata2 untuk kami? marahkah mereka ketika itu? kecil hatikah saya bagi respond begitu? haha..tiba-tiba rasa macam tidak menjaga perasaan orang lain pula.

Walaupun saya diajar perkara sebegitu, namun pada sudut positif saya rasa ianya sesuatu yang berguna untuk saya. Kadang kala kita perlu bersikap demikian ketika berhadapan dengan orang yang bersikap acuh tak acuh,sambil lewa,dan memperlekeh diri/tugas kita. Thanks boss!

Nak cerita pula mengenai perbualan telefon antara boss dengan saya,bagi saya amat menyakitkan dan suasana tegang dapat dirasai. Dengan keadaan saya tak berapa sihat, pemikiran saya tidak cool macam selalu. Ada terdetik di dalam hati saya untuk meletak jer telefon tu ketika boss belum lagi habis berleter. Semua perkara yang diluahkan ibarat semua salah saya,dan saya tak buat kerja. Pada masa tu pun saya tengah sibuk buat kerja lain.Ahhh...selamat tiba-tiba boss bagitau yang dia tengah geram dengan sorang staff tu. Saya dijadikan tempat melepas geram.So saya faham dan slow sikit la. Tak jadi nak letak ganggang telefon. Fuhhh selamat..karang jadi pula kes lagi berat..adehhh~ ^ ^ "

Tuesday, December 28, 2010

Tanah Tumpah Darah Ku

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia VS Indonesia. Pada saya, saya tak kisah sangat keputusan perlawanan asal dapat tengok kemeriahan penyokong bola sepak Malaysia.

Selalunya ayat keramat Malaysia Boleh kerap digunakan untuk mana2 acara sukan sebagai sokongan kepada seluruh atlet Malaysia yang bertanding. Namun kali ini saya tertarik dengan ayat baru yang rasanya masih lagi baru digunakan oleh penyokong bola sepak Malaysia iaitu "Tanah Tumpah Darah Ku".

Malaysia juga kini mempunyai penyokong kuat yang menggelar diri mereka sebagai "Ultras Malaya".Nama yang mungkin diambil sempena nama penyokong fanatik negara Jepun. Dikhabarkan Ultras Malaya ini mempunyai lagu sorak tersendiri dan amat menarik bagi memeriahkan stadium dan menaikkan semangat para pemain Malaysia.Syabas Ultras Malaya!

Mengulas mengenai perlawanan, pada pendapat saya pemain Malaysia Norshahrul Idlan Talaha adalah wira di belakang tabir untuk Malaysia. Gerakan beliau untuk gol pertama ternyata membunuh semangat juang para pemain Indonesia. Begitu juga dengan gol kedua yang berpunca dari beliau. Saya juga pasti yang Malaysia patut mendapat satu penalti. Keputusan 3-0 mungkin boleh dianggap agak selamat. Namun Malaysia tetap perlu berwaspada dan mengambil iktibar di atas kekalahan 1-5 sebelum ini.Gud Luck!

Gambar-gambar yang tidak terdapat di mana2 akhbar atau blog. Khas untuk pembaca ^ ^




p/s: Teringin nak dengar sorakan padu penyokong Malaysia sehebat penyokong pasukan Liverpool FC.Woahh! Y.N.W.A

[santai] Masih gila komik pada usia dewasa? Tiada Masalah!! ^ ^

Komik adalah salah satu bahan bacaan popular di Malaysia ni. Tak kira la secara online ataupun buku, komik Jepun, Hong Kong, atau tempatan, komik tetap mendapat perhatian lebih-lebih lagi dari golongan kanak-kanak dan remaja.

Bagi saya, komik ni ada la juga nilai2 positif. Ia memupuk minat membaca seseorang walaupun mungkin input yang diperolehi sangat sedikit. Ketika masih kecil,bapa saya selalu memarahi saya kerana takut bahasa yang digunakan di komik mempengaruhi pembelajaran saya. Mungkin betul, tapi bagi saya, nilai minat membaca saya mungkin telah dipengaruhi oleh komik. Saya masih ingat komik Mutiara Naga (Dragon Ball) yang mula saya baca ketika masih darjah 2. Begitu juga dengan komik2 lagenda seperti Doraemon yang memang tidak asing lagi kepada peminat komik di Malaysia.

Komik2 pada zaman sekarang selalunya telahpun menerapkan nilai2 positif seperti semangat setiakawan, tidak mudah berputus asa, bijak menyusun strategi, memahami psikologi dan lain2 nilai positif. Pelukis/penulis komik kini mempunyai cara tersendiri untuk menjadikan karyanya bermutu dan saya dapat rasakan yang mereka semakin bijak dalam memenuhi permintaan pembaca.

Komik2 seperti itu selalunya bersiri dan ia memakan masa yang begitu lama. Contohnya seperti komik One Piece (2001-kini), Detektif Conan (2000-kini), Naruto (2005-kini), Wira Tunggal (sebelum 2000-kini) dan lain2 komik popular. Komik2 ini menyebabkan peminatnya tetap setia membacanya walaupun dulunya masih remaja, tetapi kini telah menjangkau dewasa kerana masa yang begitu lama yang diperlukan. Tidak mengejutkan jika ada yang telahpun berkahwin!

So bagi saya golongan dewasa yang meminati komik sebenarnya telah meminati komik ketika zaman kecilnya lagi. Mungkin terpaksa mengikut siri yang begitu panjang, dan mungkin juga seronok sehing ga sanggup me ncari tajuk2 lain untuk dijadikan hobi masa lapang. Tak salah kan? ^ ^




Dari atas ke bawah: 1.One Piece 2.Detective Conan 3.Naruto 4.Wira Tunggal

[special] Tamat misi larian 2010

Misi larian saya tahun 2010 telahpun tercapai. Sebanyak 4 event berjaya disertai bermula Penang Bridge International Marathon (September), Green Fun Run (Oktober),Tibi Run (Disember), dan Malakoff Run (Disember). Yang uniknya semuanya jarak yang berbeza. 21km, 10km, 7km, dan 12km. Entah saya pun tak tahu macam mana boleh terjebak dengan larian2 ni..haha..mulanya abang saya la yang ajak..Masa tu saya pula memang tengah sibuk fikir macam mana nak kurangkan berat badan..Biasa laa..kes terlanjur makan x beringat..haha.

First time lari terus ambil Half-Marathon. Haha..mula2 rasa macam tak boleh jer.Tapi lepas berjaya tamatkan, rasa seronok pula. Habis jadual larian kat Malaysia saya geledah kat internet. Dapat la tambah 3 lagi event memandangkan dah hujung2 tahun ni, so xdapat la nak join banyak. So tahun depan tengok la macam mana. Harap2 saya mampu lagi join larian2 macam ni. Penat+seronok+puas+menyihatkan..jom join sama! ^ ^



[santai] Mental Si Manusia

Saya ada mengikuti Larian 12km KL Malakoff minggu lepas. Larian kali ini agak mencabar disebabkan laluan yang berbukit dan jarak yang agak jauh (12km). Sebelum ini saya ada ikut beberapa larian yang lebih kurang sama so saya anggap larian kali ini agak mudah. Jadi saya tak buat apa2 latihan atau persiapan untuk larian kali ini. Ternyata perkiraan saya silap. Dengan tak
training, kena kawasan berbukit, jarak pula 12km, saya mula berfikir untuk give up. Ketika larian itu, berapa kali saya terfikir untuk berhenti berlari. Naik jer van ambulance yang tersedia kat tepi jalan. Senang cerita kan.

Tapi dalam pada saya terfikir-fikir untuk berhenti, kaki saya tetap gagah melangkah. Saya agak beribu langkah rasanya untuk sampai ke garisan penamat jika dikira dari garisan permulaan. Tapi tu lah... Walau beberapa kali otak berfikir untuk menyerah, namun masih ada anggota badan lain yg masih tidak menyerah kalah..terus berjuang..tup2, dah sampai.. haha.. hebatnya mental manusia..kadang-kadang macam tak percaya saya berjaya lakukan. Tapi tu lah..pingat menjadi bukti dan juga tanda kepuasan..yeah!!

Dari meja editor

Sudah sampai masanya saya berkecimpung dalam dunia blog. Sebenarnya sudah lama saya memendam hasrat untuk menulis namun beberapa kali terbantut disebabkan agak sibuk ketika zaman2 belajarku. Blog ni pun dah lama ada, sekitar tahun 2008 namun hanya satu post sahaja berjaya dipublish dek kerana sibuk + malas..haha ^ ^"". Itu pun cuma post pengenalan jer. Kini saya sedar yang saya perlu libatkan juga diri dengan blog ini sebab saya adalah seorang yang suka meluahkan, berkongsi sesuatu, dan sangat suka berinteraksi dengan orang ramai.

Pada mulanya saya gunakan medium friendster.com dan facebook.com untuk berinteraksi namun saya berasa kurang puas hati kerana ruang yang sangat terhad untuk berkongsi sesuatu. Saya juga seorang yang rajin berforum di UMPlife.com ketika zaman belajar dan ini membuatkan lagi saya bersemangat untuk berkongsi. Naluri menulis saya kini tidak dapat dibendung dan saya akan cuba gunakan blog ini untuk meluahkan/kongsi sesuatu yang saya mahu. Kepada semua pembaca saya harapkan sokongan anda semua kerana saya masih baru dalam benda ni. Harap sila beri tunjuk ajar! ^ ^

buat masa ni saya akan buat beberapa title untuk memudahkan rujukan

[santai]
[bola]
[nostalgia]
[luahan]
[special]