Komik adalah salah satu bahan bacaan popular di Malaysia ni. Tak kira la secara online ataupun buku, komik Jepun, Hong Kong, atau tempatan, komik tetap mendapat perhatian lebih-lebih lagi dari golongan kanak-kanak dan remaja.
Bagi saya, komik ni ada la juga nilai2 positif. Ia memupuk minat membaca seseorang walaupun mungkin input yang diperolehi sangat sedikit. Ketika masih kecil,bapa saya selalu memarahi saya kerana takut bahasa yang digunakan di komik mempengaruhi pembelajaran saya. Mungkin betul, tapi bagi saya, nilai minat membaca saya mungkin telah dipengaruhi oleh komik. Saya masih ingat komik Mutiara Naga (Dragon Ball) yang mula saya baca ketika masih darjah 2. Begitu juga dengan komik2 lagenda seperti Doraemon yang memang tidak asing lagi kepada peminat komik di Malaysia.
Komik2 pada zaman sekarang selalunya telahpun menerapkan nilai2 positif seperti semangat setiakawan, tidak mudah berputus asa, bijak menyusun strategi, memahami psikologi dan lain2 nilai positif. Pelukis/penulis komik kini mempunyai cara tersendiri untuk menjadikan karyanya bermutu dan saya dapat rasakan yang mereka semakin bijak dalam memenuhi permintaan pembaca.
Komik2 seperti itu selalunya bersiri dan ia memakan masa yang begitu lama. Contohnya seperti komik One Piece (2001-kini), Detektif Conan (2000-kini), Naruto (2005-kini), Wira Tunggal (sebelum 2000-kini) dan lain2 komik popular. Komik2 ini menyebabkan peminatnya tetap setia membacanya walaupun dulunya masih remaja, tetapi kini telah menjangkau dewasa kerana masa yang begitu lama yang diperlukan. Tidak mengejutkan jika ada yang telahpun berkahwin!
So bagi saya golongan dewasa yang meminati komik sebenarnya telah meminati komik ketika zaman kecilnya lagi. Mungkin terpaksa mengikut siri yang begitu panjang, dan mungkin juga seronok sehing ga sanggup me ncari tajuk2 lain untuk dijadikan hobi masa lapang. Tak salah kan? ^ ^

Dari atas ke bawah: 1.One Piece 2.Detective Conan 3.Naruto 4.Wira Tunggal
No comments:
Post a Comment