Thursday, December 30, 2010

[special] Tahniah skuad Sang Juara

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana sekali lagi mengharumkan nama negara. Mereka berjaya melaksanakan misi ini sepertimana yang telah di lakukan sukan skuasy, badminton, lumba basikal, renang, hoki, bowling, dan lain2 acara.

Secara diam2 mereka telah mengutip satu lagi gelaran juara, iaitu Juara Piala AFF Suzuki yang dulu dikenali sebagai Piala Tiger. Sebelum ni Malaysia telahpun menjuarai kejohanan Sukan SEA. So kejayaan ini telah membuka mata ramai pihak termasuk saya sendiri bahawa Malaysia masih lagi gagah di rantau ini.

Rasanya sudah berapa lama saya tidak mengingati nama2 pemain Malaysia, menjadikan mereka
sebagai pemain idola saya. Pasukan Malaysia favourite saya adalah Malaysia 2003 (abaikan era Ghani Minhat,SuperMokh,James Wong) yang ketika itu mempunyai pemain2 hebat seperti Indra Putra, Akmal Rizal, Khairunnisam Shahabudin, Nor Hafiz Zamani, Azmin Azram, Eddy Helmy, K Nanthakumar dan lain2..penat pula nak tulis semua. ^ ^ "

Pasukan ini saya lihat mempunyai karekter dan influence tersendiri. Permainan juga amat cantik. Tahniah kepada Alan Harris yang melatih mereka. Cuma mereka tak mempunyai nasib yang lebih baik. Mungkin lawan seperti Thailand, dan Indonesia juga sama2 gagah ketika itu.

Kini nama2 baru mula menggantikan mereka. Nama2 seperti Fahmi, Kunalan, NorShahrul, Safee akan mula menjadi perhatian saya selepas ini. Hehe..Syabas! Nak namakan kembar Zaquan+Aidil tapi diorang injured plak..adehh

err anda semua tak nak jadikan mereka player fevret anda? Rugi2!! takut kena tunggu 14 tahun lagi.. hehehek ^ ^

Mereka juga patut berasa bangga kerana kejayaan mereka kali ini menyebabkan Malaysia terpaksa menambah satu lagi hari cuti untuk 2010 ni..hebat tak hebat laaa..hoho

p/s: Malaysia tak pernah menjuarai ketika zaman Piala Tiger. Sponsor utama masa tu Tiger Beers. Kali ini menang lepas Suzuki jadi penaja utama. Rasa2 kenapa yerr? hehehe ^ ^

3 comments:

  1. salam...

    memandangkn sini xde tmpat chatting, aku ajar kat sini je la ek...

    memule google 'shoutmix', then ade die suroh click 'create shoutbox'...isi ape yg patut, then bleh customize nk kaler ape, design cmne...bile dah settle part tu, die kasi HTML tu....

    ko pegi plak kat dashboard blogger, click 'design', pastu 'add gadget', pilih yg 'HTML' punye...

    pastu ko copy je HTML yg kat website shoutbox td...siap!

    *da siap shoutbox tu, delete je la comment aku ni...

    ReplyDelete
  2. "haa?? xde? xkn xde kot? ade la...die tulis 'HTML/Java script'...kalau xde, aku pon xtau la..."

    ReplyDelete