Tuesday, December 28, 2010

Tanah Tumpah Darah Ku

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia VS Indonesia. Pada saya, saya tak kisah sangat keputusan perlawanan asal dapat tengok kemeriahan penyokong bola sepak Malaysia.

Selalunya ayat keramat Malaysia Boleh kerap digunakan untuk mana2 acara sukan sebagai sokongan kepada seluruh atlet Malaysia yang bertanding. Namun kali ini saya tertarik dengan ayat baru yang rasanya masih lagi baru digunakan oleh penyokong bola sepak Malaysia iaitu "Tanah Tumpah Darah Ku".

Malaysia juga kini mempunyai penyokong kuat yang menggelar diri mereka sebagai "Ultras Malaya".Nama yang mungkin diambil sempena nama penyokong fanatik negara Jepun. Dikhabarkan Ultras Malaya ini mempunyai lagu sorak tersendiri dan amat menarik bagi memeriahkan stadium dan menaikkan semangat para pemain Malaysia.Syabas Ultras Malaya!

Mengulas mengenai perlawanan, pada pendapat saya pemain Malaysia Norshahrul Idlan Talaha adalah wira di belakang tabir untuk Malaysia. Gerakan beliau untuk gol pertama ternyata membunuh semangat juang para pemain Indonesia. Begitu juga dengan gol kedua yang berpunca dari beliau. Saya juga pasti yang Malaysia patut mendapat satu penalti. Keputusan 3-0 mungkin boleh dianggap agak selamat. Namun Malaysia tetap perlu berwaspada dan mengambil iktibar di atas kekalahan 1-5 sebelum ini.Gud Luck!

Gambar-gambar yang tidak terdapat di mana2 akhbar atau blog. Khas untuk pembaca ^ ^




p/s: Teringin nak dengar sorakan padu penyokong Malaysia sehebat penyokong pasukan Liverpool FC.Woahh! Y.N.W.A

No comments:

Post a Comment