Semalam saya belajar sesuatu yang baru sebagai seorang pekerja. Saya telah diajar oleh bos saya sendiri untuk menjadi seorang yang pentingkan diri, dan berbuat apa saja demi mencapai matlamat. Haha..hebat, tak hebat la bos saya tu..Dalam panggilan telefon semalam, boss memarahi saya kerana terlalu lambat mendapatkan feedback dari supplier. Saya dah pun jelaskan la situasi yang berlaku dan boss suruh mencari cara lain untuk menghubungi supplier tu dan settlekan masalah tersebut. Bagi saya, 'Cara' lain tu adalah melalui paksaan. Paksa supplier tu untuk cepatkan kerja mereka. Dan hasil desakan saya, kerja berjaya diselesaikan. Ketika saya terfikir satu kerja dah selesai,saya tertanya-tanya adakah tindakan yang saya buat tu betul? adakah mereka terpaksa melepaskan tugas lain yang mungkin lebih penting semata2 untuk kami? marahkah mereka ketika itu? kecil hatikah saya bagi respond begitu? haha..tiba-tiba rasa macam tidak menjaga perasaan orang lain pula.
Walaupun saya diajar perkara sebegitu, namun pada sudut positif saya rasa ianya sesuatu yang berguna untuk saya. Kadang kala kita perlu bersikap demikian ketika berhadapan dengan orang yang bersikap acuh tak acuh,sambil lewa,dan memperlekeh diri/tugas kita. Thanks boss!
Nak cerita pula mengenai perbualan telefon antara boss dengan saya,bagi saya amat menyakitkan dan suasana tegang dapat dirasai. Dengan keadaan saya tak berapa sihat, pemikiran saya tidak cool macam selalu. Ada terdetik di dalam hati saya untuk meletak jer telefon tu ketika boss belum lagi habis berleter. Semua perkara yang diluahkan ibarat semua salah saya,dan saya tak buat kerja. Pada masa tu pun saya tengah sibuk buat kerja lain.Ahhh...selamat tiba-tiba boss bagitau yang dia tengah geram dengan sorang staff tu. Saya dijadikan tempat melepas geram.So saya faham dan slow sikit la. Tak jadi nak letak ganggang telefon. Fuhhh selamat..karang jadi pula kes lagi berat..adehhh~ ^ ^ "

No comments:
Post a Comment