Tuesday, December 28, 2010

Dari meja editor

Sudah sampai masanya saya berkecimpung dalam dunia blog. Sebenarnya sudah lama saya memendam hasrat untuk menulis namun beberapa kali terbantut disebabkan agak sibuk ketika zaman2 belajarku. Blog ni pun dah lama ada, sekitar tahun 2008 namun hanya satu post sahaja berjaya dipublish dek kerana sibuk + malas..haha ^ ^"". Itu pun cuma post pengenalan jer. Kini saya sedar yang saya perlu libatkan juga diri dengan blog ini sebab saya adalah seorang yang suka meluahkan, berkongsi sesuatu, dan sangat suka berinteraksi dengan orang ramai.

Pada mulanya saya gunakan medium friendster.com dan facebook.com untuk berinteraksi namun saya berasa kurang puas hati kerana ruang yang sangat terhad untuk berkongsi sesuatu. Saya juga seorang yang rajin berforum di UMPlife.com ketika zaman belajar dan ini membuatkan lagi saya bersemangat untuk berkongsi. Naluri menulis saya kini tidak dapat dibendung dan saya akan cuba gunakan blog ini untuk meluahkan/kongsi sesuatu yang saya mahu. Kepada semua pembaca saya harapkan sokongan anda semua kerana saya masih baru dalam benda ni. Harap sila beri tunjuk ajar! ^ ^

buat masa ni saya akan buat beberapa title untuk memudahkan rujukan

[santai]
[bola]
[nostalgia]
[luahan]
[special]