Friday, December 31, 2010

[santai] Apa plan saya sambut tahun baru?

Kawan A: "brader, aper plan malam tahun baru ni? aku call Kawan C, dia sambut dengan family la der. Ko camner?"

Saya: "Hehe. Jom gi lepak i-City? aku ajak Kawan B. Rumah dier area2 situ jer. nanti malam aku confirmkan balik der. okey?"

Kawan A: " Beres. Inform awal skit la"


Aku segera confirmkan plan dengan Kawan B.


Saya: "Weh, per cer malam ni? Kawan A ajak lepak tunggu 2010,ushar bunga api ker..amacam?"

Kawan B: "Aku tak confirm lagi la. Sebab housemate aku ajak keluar. Tak tau diorang nak gi ajak mana. Nanti aku confirmkan dalam kul 8 mlm. Jadi atau tak. Tunggu ahh"

-------------------------------------------------------------


Jam menunjukkan pukul 11 malam. Panggilan Kawan B masih ku tunggu. aku terfikir waktu-waktu camni kalau dapat pergi pun, rasa jalan jem kot. Nak pergi plak naik kete Kawan A. So kiranya aku dah pun decide apa plan nak sambut tahun 2011 ni.



1. Call kawan2 (Kawan A dengan Kawan B tadi)

2. Post perbualan ni kat blog (macam yang aku buat ni)

3. Baring guling-guling atas katil


Tu lar cara saya sambut tahun 2011...
"Yeahh!!!! sayer sangat2 seronokkk!!!!!", jerit saya sambil mengetap-ngetap bibir menahan kesedihan..hahaha T______T """"


So tahun ni macam tahun-tahun lepas juga la. Tak sambut mana pun. Hahaha..tak per la..kalau ader rezeki, tahun depan sayer sambut baik sikit. Nak buat camner kan? hidup seorang bujang perantau...camni lar..kawan pun xder..memang kene cari kekaseh cepat2 nehh.L eh la jadi peneman hidup...hakhakhak

Dah ada azam tahun baru?

Macam tak caya jer tahun 2010 akan menjadi kenangan. Kalau saya fikir balik, adakah kita akan berjumpa lagi dengan 2010? tahun-tahun sebelumnya? Adakah tahun2 tersebut akan dipakai semula? lepas 2010 tiba2 pakat ramai2 satu dunia nak pakai 2005. Boleh ker? haha.. MUSTAHIL kot.. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Kita pasti akan merindui dan terkenang masa2 yang telah berlalu selepas ini.Huhu~ dan sampai hari kiamat pun rasanya kita tidak akan rasa lagi 2010, dan lain2 tahun yang berlalu. Aishhh.... Rasa rugi pun ader kenkadang.....tak per lahh.. benda dah berlalu..nak, tak nak, memang kena tinggalkan kerana memang dah lumrah alam,fitrah kehidupan...

Tahun depan mungkin menjadi tahun mencabar saya sebagai seorang pekerja sepenuh masa. Berbeza dengan tahun2 sebelumnya,dulu saya masih lagi belajar. So azam tahun ni mungkin saya akan letak beberapa perkara/misi penting untuk saya capai.

1. menjadi seorang yang workaholic (gila kerja)!
2. kuruskan + jaga badan.. hakhak
3. cuba berjinak2 bantu keluarga
4. rancang masa depan dgn lebih baik
5. lari,lari dan lari!!!

harap2 azam2 tu dapat menjadi motivasi diri saya dan semoga saya berjaya mencapainya InsyaAllah. ^ ^

Selamat tinggal 2010! Selamat Datang 2011! ^ ^

Thursday, December 30, 2010

[special] Tahniah skuad Sang Juara

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana sekali lagi mengharumkan nama negara. Mereka berjaya melaksanakan misi ini sepertimana yang telah di lakukan sukan skuasy, badminton, lumba basikal, renang, hoki, bowling, dan lain2 acara.

Secara diam2 mereka telah mengutip satu lagi gelaran juara, iaitu Juara Piala AFF Suzuki yang dulu dikenali sebagai Piala Tiger. Sebelum ni Malaysia telahpun menjuarai kejohanan Sukan SEA. So kejayaan ini telah membuka mata ramai pihak termasuk saya sendiri bahawa Malaysia masih lagi gagah di rantau ini.

Rasanya sudah berapa lama saya tidak mengingati nama2 pemain Malaysia, menjadikan mereka
sebagai pemain idola saya. Pasukan Malaysia favourite saya adalah Malaysia 2003 (abaikan era Ghani Minhat,SuperMokh,James Wong) yang ketika itu mempunyai pemain2 hebat seperti Indra Putra, Akmal Rizal, Khairunnisam Shahabudin, Nor Hafiz Zamani, Azmin Azram, Eddy Helmy, K Nanthakumar dan lain2..penat pula nak tulis semua. ^ ^ "

Pasukan ini saya lihat mempunyai karekter dan influence tersendiri. Permainan juga amat cantik. Tahniah kepada Alan Harris yang melatih mereka. Cuma mereka tak mempunyai nasib yang lebih baik. Mungkin lawan seperti Thailand, dan Indonesia juga sama2 gagah ketika itu.

Kini nama2 baru mula menggantikan mereka. Nama2 seperti Fahmi, Kunalan, NorShahrul, Safee akan mula menjadi perhatian saya selepas ini. Hehe..Syabas! Nak namakan kembar Zaquan+Aidil tapi diorang injured plak..adehh

err anda semua tak nak jadikan mereka player fevret anda? Rugi2!! takut kena tunggu 14 tahun lagi.. hehehek ^ ^

Mereka juga patut berasa bangga kerana kejayaan mereka kali ini menyebabkan Malaysia terpaksa menambah satu lagi hari cuti untuk 2010 ni..hebat tak hebat laaa..hoho

p/s: Malaysia tak pernah menjuarai ketika zaman Piala Tiger. Sponsor utama masa tu Tiger Beers. Kali ini menang lepas Suzuki jadi penaja utama. Rasa2 kenapa yerr? hehehe ^ ^

[luahan] Dah daftar belum!!!??

"Dek, ko dah daftar belum sebagai pengundi!? pilihan raya dah dekat ni!", soal mak saya kepada saya.Satu pertanyaan yang mengubah tempo perbualan kami berdua.

"Hehe..belum lagi la mak. Bila2 balik kampung, Arul daftar la nanti", jawab saya menenangkan hati mak saya.

Sebenarnya saya pun tak tahu sangat bila dah daftar nanti, nak undi siapa. Persoalan yang menyebabkan saya tidak bersemangat untuk menjadi pengundi. Rasa macam nak buat undi rosak jer..haha..boleh ker? Politik Malaysia ni,pada saya kotor. Penuh taktikal dan muslihat. Tak tau la negara lain macam mana. Malas nak amik tau negara lain..Namun sebagai rakyat, kita ada tanggungjawab kepada pemimpin. Nanti-nanti lah saya fikir balik..fikiran saya masih muda..pengalaman kurang lagi..perlu kaji lebih teliti.hehe..

err...mak, tunggu sayer balik yerrr.. hehehek >__<

kepada semua pembaca, jawab soalan mak saya tu.. dah daftar belum?? ^ ^

[luahan] LASER: kenapa jadi isu?

Saya kurang berpuas hati dengan media2 yang menjadikan laser sebagai isu panas. Perlukah diwar-warkan sehingga ada yang buat khabar angin FIFA nak saman Malaysia la, game dibatalkan la, apa-apa lagi la... Kalau nak tau, liga bola sepak lain dah lama ada masalah ni. Sebagai contoh Liga Inggeris (BPL)..Pernah jer saya nampak keeper Liverpool, Jose Reina tu kena pancaran laser camtu. Takder la kecoh sangat..

So
bagi saya ianya adalah satu perang psikologi daripada pihak lawan. Siapa baru nak kecoh2 ni confirm laaa tak ambil tau hal luar negara. Katak bawah tempurung kot? Keeper kedua Malaysia, Sharbinee dah pun bagi tips untuk elak gangguan laser tu. So ambil la tips tu. Settle..Kajian pun dah bagitau laser tu pancaran lemah..jarak pun jauh..so tak merbahaya..

Wednesday, December 29, 2010

[luahan] Menjadi pekerja tanpa hati dan perasaan

Semalam saya belajar sesuatu yang baru sebagai seorang pekerja. Saya telah diajar oleh bos saya sendiri untuk menjadi seorang yang pentingkan diri, dan berbuat apa saja demi mencapai matlamat. Haha..hebat, tak hebat la bos saya tu..Dalam panggilan telefon semalam, boss memarahi saya kerana terlalu lambat mendapatkan feedback dari supplier. Saya dah pun jelaskan la situasi yang berlaku dan boss suruh mencari cara lain untuk menghubungi supplier tu dan settlekan masalah tersebut. Bagi saya, 'Cara' lain tu adalah melalui paksaan. Paksa supplier tu untuk cepatkan kerja mereka. Dan hasil desakan saya, kerja berjaya diselesaikan. Ketika saya terfikir satu kerja dah selesai,saya tertanya-tanya adakah tindakan yang saya buat tu betul? adakah mereka terpaksa melepaskan tugas lain yang mungkin lebih penting semata2 untuk kami? marahkah mereka ketika itu? kecil hatikah saya bagi respond begitu? haha..tiba-tiba rasa macam tidak menjaga perasaan orang lain pula.

Walaupun saya diajar perkara sebegitu, namun pada sudut positif saya rasa ianya sesuatu yang berguna untuk saya. Kadang kala kita perlu bersikap demikian ketika berhadapan dengan orang yang bersikap acuh tak acuh,sambil lewa,dan memperlekeh diri/tugas kita. Thanks boss!

Nak cerita pula mengenai perbualan telefon antara boss dengan saya,bagi saya amat menyakitkan dan suasana tegang dapat dirasai. Dengan keadaan saya tak berapa sihat, pemikiran saya tidak cool macam selalu. Ada terdetik di dalam hati saya untuk meletak jer telefon tu ketika boss belum lagi habis berleter. Semua perkara yang diluahkan ibarat semua salah saya,dan saya tak buat kerja. Pada masa tu pun saya tengah sibuk buat kerja lain.Ahhh...selamat tiba-tiba boss bagitau yang dia tengah geram dengan sorang staff tu. Saya dijadikan tempat melepas geram.So saya faham dan slow sikit la. Tak jadi nak letak ganggang telefon. Fuhhh selamat..karang jadi pula kes lagi berat..adehhh~ ^ ^ "

Tuesday, December 28, 2010

Tanah Tumpah Darah Ku

Malam tadi saya sempat menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia VS Indonesia. Pada saya, saya tak kisah sangat keputusan perlawanan asal dapat tengok kemeriahan penyokong bola sepak Malaysia.

Selalunya ayat keramat Malaysia Boleh kerap digunakan untuk mana2 acara sukan sebagai sokongan kepada seluruh atlet Malaysia yang bertanding. Namun kali ini saya tertarik dengan ayat baru yang rasanya masih lagi baru digunakan oleh penyokong bola sepak Malaysia iaitu "Tanah Tumpah Darah Ku".

Malaysia juga kini mempunyai penyokong kuat yang menggelar diri mereka sebagai "Ultras Malaya".Nama yang mungkin diambil sempena nama penyokong fanatik negara Jepun. Dikhabarkan Ultras Malaya ini mempunyai lagu sorak tersendiri dan amat menarik bagi memeriahkan stadium dan menaikkan semangat para pemain Malaysia.Syabas Ultras Malaya!

Mengulas mengenai perlawanan, pada pendapat saya pemain Malaysia Norshahrul Idlan Talaha adalah wira di belakang tabir untuk Malaysia. Gerakan beliau untuk gol pertama ternyata membunuh semangat juang para pemain Indonesia. Begitu juga dengan gol kedua yang berpunca dari beliau. Saya juga pasti yang Malaysia patut mendapat satu penalti. Keputusan 3-0 mungkin boleh dianggap agak selamat. Namun Malaysia tetap perlu berwaspada dan mengambil iktibar di atas kekalahan 1-5 sebelum ini.Gud Luck!

Gambar-gambar yang tidak terdapat di mana2 akhbar atau blog. Khas untuk pembaca ^ ^




p/s: Teringin nak dengar sorakan padu penyokong Malaysia sehebat penyokong pasukan Liverpool FC.Woahh! Y.N.W.A